Semangat meraikan Tahun Baharu Cina dengan simbol harimau yang bermaksud kekuatan tidak berakhir dengan tayangan istimewa program-program khas disiarkan sepanjang perayaan ini sebaliknya diteruskan menerusi drama rantaian cina berlatarkan seni mempertahankan diri dan aksi sememangnya memiliki pengikutnya tersendiri di kalangan penonton. Di samping intipati ceritanya mengetengahkan konflik kekeluargaan turut diselitkan dengan percintaan antara watak yang pastinya ingin diketahui penonton kesudahannya.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot tontonan ramai Golden Pheonix mulai 22 Februari 2010, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di TV2 menayangkan drama bersiri berjudul My Sassy Wife Xu Xiao Mei yang membawakan plot dan babak-babak aksi mendebarkan untuk tontonan seisi keluarga.
My Sassy Wife Su Xiao Mei mengisahkan Sun Xun menghantar Xu Xiao Mei ke sekolah asrama E Mei pada usianya 10 tahun untuk mendalami budaya dan seni mempertahankan diri E Mei. Dia bercadang untuk melakukan sesuatu dalam kehidupannya untuk menukar persepsi masyarakat yang beranggapan wanita yang tidak berpendidikan adalah suci dan memperbetulkan keadilan yang telah berlaku ke atas wanita kerana kaum lelaki lebih berkuasa pada masa itu.
Bagi menunjukkan kebolehannya Xiao Mei menyamar sebagai lelaki untuk menyertai pertandingan menulis karangan dan mendapat penghormatan yang mengalahkan abangnya, Su Dong-po. Kejayaan yang disertai dengan anugerah buku yang membawa “Empat Bakat Dalam Satu Keluarga” daripada maharaja ini memberi sinar baru dalam kerjayanya.
Dalam menempuhi saat-saat getir itu, Xiao Mei jatuh hati kepada Shao-you. Karektor Xiao Mei yang suka menguasai bukan sahaja mengakibatkan konflik dengan suaminya tetapi juga mengancam hubungan pasangan itu apabila Shao-you dipaksa untuk menyandang jawatan “Imperial Civil Examination Number One”, bidang sarjana yang diimpikan Xiao Mei selama ini.
Pada masa yang sama, Grand Commendment Lu sedang merancang jahat untuk menggulingkan Maharaja. Bagi memastikan Xiao Mei tidak masuk campur dalam rancangan jahatnya, dia telah memerangkap Xiao Mei dan menjatuhkan hukuman mati dengan dakwaan menipu raja tentang penyamaran jantinanya untuk menduduki peperiksaan sivil kerajaan.
Dapatkah Xiao Mei melepaskan diri daripada perangkap yang dirancang rapi itu? Dapatkah dia memperbaiki hubungan baik dengan suaminya? Adakah rancangan jahat Commendment Lu akan berjaya?
Drama 34 episod ini dibintangi pelakon-pelakon seperti Roger Kwok (Shao-you), Dong Xuan (Xiao Mei), Marco Ngai (Su Dong-po), Long Dak Wua (Chao-Zhie Ren), Kingdom Yuen (Liu Yue-e) dan Timothy Zao (Chen Jie-chang).
Untuk menyaksikan kesudahannya pastikan anda meluangkan masa senggang petang anda dengan menonton My Sassy Wife Xu Xiao Mei mulai 22 Februari 2010, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di TV2.