Penyanyi Ana Raffali yang pernah popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku, selamat melahirkan bayi lelaki yang pertama pada hari Khamis lalu. Tahniah Budiey ucapkan.
Berita mengenai Ana Raffali yang menimang cahaya mata sulungnya itu dimaklumkannya menerusi laman Instagram. Menurut Ana, bayinya dilahirkan secara normal di Hospital Ampang, Selangor pada jam 2.25 petang.
Ana atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 29 mendirikan rumahtangga dengan Ahmad Aznaim Abdullah, 33, pada 25 Februari 2012.
Tahniah Ana, semoga baby awak sihat dan membesar menjadi insan yang berguna. Amin.