Tahun lepas Best FM telah melakukan penjenamaan semula dengan content yang lebih segar dan impaknya, jumlah pendengar semakin meningkat. Sebagai kesinambungannya, BEST FM terus mengorak langkah dengan menampilkan barisan penyampai baru yang telah diperkenalkan pada hari ini. Selepas melalui penjenamaan baru tahun lepas, stesen ini telah meraikan ulangtahun ke-25 tahun dengan jayanya. Pada hari ini, 11 Februari, Best FM memperkenalkan pula tagline baru iaitu BEST FM – TERBAIK UNTUK HARIMU.
Nampaknya, apa yang Budiey dapat lihat, strategi yang telah diatur telah berjaya menambat hati peminat. Tidak dapat disangkal lagi, stesen yang dulunya dikenali sebagai Best 104 menjadi stesen radio swasta pertama di Malaysia bersiaran semenjak 1989. Tahniah Best FM.
Budiey dengar, pejabat Best FM yang terbaharu telah pun beropreasi dan dibuka di Berjaya Times Square dan studio juga akan dibuka pada penghujung tahun ini.
Bersiaran selama 24 jam dari studio utama di Pasir Pelangi, Johor Bahru, kini Best FM tampil dengan imej yang lebih segar dan lebih versatile mengikut peredaran masa dan citarasa sasaran pendengar dari peringkat umur 25 hingga 45 tahun yang berkonsepkan program yang lebih ceria, interaktif dan menghiburkan. Yang membezakan stesen Best FM dengan stesen lain ialah penyiaran lagu-lagu keroncong klasik dan irama etnik.
Bukan itu sahaja, Budiey dengar, Best FM juga akan meluaskan liputan di seluruh Malaysia. Sekarang ini, dikenali sebagai stesen radio nombor satu di selatan tanahair. Selepas penjenamaan semula Best FM telah mendapat jumlah pendengar. Bukan apa, ramai melekat di corong radio kerana menampilkan lagu popular sekitar tahun 90an, 2000 dan terkini di samping mengekalkan keunikan sedikit lagu tempatan seperti irama keroncong moden dan lagu ernik irama Malaysia.
Hari ini, sejarah tercipta di mana Best FM menampilkan seorang selebriti sebagai penyampai. Tahniah kepada Haiza Hanafi yang diperkenalkan sebagai penyampai baru dan penyanyi Dag Dig Dug ini akan bergandingam dengan Zairi. Mereka adalah jenama baru untuk segmen Best PAGI bermula 16 Februari ini. Lagu-lagu keroncong yang dimodenkan akan diputarkan. Dikatakan Zairi & Haiza adalah berasal dari kampung yamg sama, Jadi mereka tak ada masalah untuk berkomunikasi dan senang untuk mencari keserasian.
Selain itu, beberapa segmen baru yang lebih santai dan ceria akan diumumkan pasti menarik hati pendengar terutama Best Pagi yang akan bersiaran pada jam 6 petang hingga 10 pagi. Manakala segmen perdana yang lain seperti Best Petang dihoskan oleh penyampai sedia ada yang sinonim dengan jenama Azieqa.
Untuk mengukuhkan lagi kedudukan, Best FM akan mengatur beberapa siri Jelajah Roadshow bagi mempromosi stesen ini dan maka dengan itu Best FM telah merangka macam-macam program untuk mendekatkan radio dengan pendengar. Best FM juga buat pertama kalinya akan menyertai kajian pendengar yang dikendalikan oleh AC Nielson.
Apa yang penting, keunikan Best FM adalah seleksi lagu yang mesra dengan pendengar. Semoga Best FM terus sukses.