Pada 26 Januari yang lepas jurugambar terkenal CAMORA ARTS iaitu Zara Haleena dan team telah mengadakan sesi photoshoot newborn baby penyanyi kesayangan ramai iaitu Nurul Wahab Depp bersama suaminya Eric Daniel Depp. Budiey dengar sesi pengambaran berlangsung dengan jayanya walaupun ada sedikit kesulitan yang mereka hadapi. Maklumlah, bukan senang nak ambil gambar baby ni, tak macam ambil gambar kita yang dewasa ni. Yang penting diorang ni gigih dan kreatif betul.
Seperti yang kita semua maklum, nama baby Nurul ialah Raphael Depp. Semasa newborn session ini dijalankan, Raphael Depp baru berusia 11 hari. Sesi Newborn shooting ini, dijalankan di rumah kediaman Nurul Wahab sendiri.
Seperti biasa, CAMORA ARTS cuba memberikan kelainan kepada semua clients kami dari segi tema dan konsep setiap shoot. Untuk baby Raphael Depp, CAMORA ARTS telah memilih dua tema iaitu PIRATE THEME dan ASTRONAUT THEME. Idea “PIRATE THEME” ini adalah idea asal dari principal photographer CAMORA ARTS iaitu ZARA HALEENA sendiri. Manakala untuk ASTRONAUT THEME adalah request dari pihak Nurul Wahab sendiri dan team CAMORA ARTS cuba merealisasikan permintaan Nurul dengan menyediakan & customize semua props seperti yang Nurul cadangkan.
Untuk merealisasikan konsep “PIRATE THEME” dan ” ASTRONAUT THEME” ini, mereka telah bekerjasama dengan beberapa rakan seperti @Knitwie by @marlyna_nurrie untuk props seperti baju & topi pirates dengan baju “astronaut”. Untuk props seperti kapal pirates yang besar, sekali lagi CAMORA ARTS bekerjasama dengan CUSTOM FRAME MALAYSIA. Manakala props yang lain dan set yang disediakan semua dari pihak CAMORA ARTS sendiri yang DIY. Fuh, bak kata Budiey tadi, memang kreatif. Korang boleh tengok sendiri gambar kat bawah ni.
Facebook : www.facebook.com/camora.arts
Instagram : instagram.com/camoraart