in ,

Lagu SENYUM Aziz Harun Featuring Faizal Tahir Hangat di Youtube

Aziz Harun yang berasal dari Brunei ini merupakan nama baru yang mula mendapat perhatian dengan single terbaru beliau yang bertajuk “Senyum”. Baru sahaja berumur 16 tahun, namun beliau mampu untuk menarik perhatian Faizal Tahir dan juga Mike Chan untuk menghasilkan lagu “Senyum” ini.

aziz-harun

Sebenarnya Aziz Harun sudah menceburi di dalam bidang seni seawal umurnya 3 tahun dan beliau mula terlibat secara aktif dalam industri muzik ketika menyertai ‘Bintang Kecil’ pada tahun 2009 dan telah menjuarai pertandingan tersebut. Kejayaan beliau tidak terhenti di situ sahaja, ini kerana pada tahun 2010, Aziz Harun telah melancarkan single pertamanya yang berjudul ‘Peace and Harmony’. Pada tahun 2012 pula, beliau telah dijemput untuk ke Bandung, Indonesia dan menjadi salah seorang artis yang membuat persembahan di 4th Marketplace Creative Arts.

Single kedua beliau yang bertajuk ‘Never Gonna Stop’ pula telah dilancarkan pada Mei 2013 dan pada tahun ini, Aziz Harun sekali lagi menyajikan para peminat beliau dengan single baru iaitu “Senyum”. Lagu yang dihasilkan oleh Faizal Tahir dan Mike Chan ini baru sahaja dilancarkan sebulan yang lalu dan sudah mula mendapat sambutan yang hangat sejak berkumandang di corong corong radio.

Selain dari itu, muzik video “Senyum” baru sahaja dimuat naik di YouTube pada 14 Januari yang lalu dan telah mendapat lebih dari 10 ribu tontonan dalam masa 2 hari sahaja. Lagu yang mempunyai rentak yang segar ini dipercayai boleh menjadi pengenalan yang baik untuk Aziz Harun.

“Senyum – Aziz Harun” merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd dan Faithful Music Sdn Bhd. Lagu ini juga sudah boleh didapati di iTunes, Deezer, KKBOX, dan juga Spotify.

Aziz Harun 1

Lirik Lagu SENYUM Aziz Harun

Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyuman

One, two, three, four

Pagiku mula dengan cinta
Cintaku dengan gitar lama
Hari-hariku hanya denganmu
Nyanyi sama o-o-o-o-oh…

Terus bergerak jumpa teman
Singgah sebentar supermarket
Terlihat gadis muka yang manis
Nyanyi sama o-o-o-o-oh…

Denganku, denganmu
Ku berdiri di sini
Dan kau kau kau berdiri di sana
Tak perlu kau katakan apa lagi
Jika kau teru-u-us

Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyumanmu, wo-o-oh

Senyum, tak perlu ragu
Senyum, usah dibimbang
Tiada seindah senyumanmu

Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Kalau dah pandang jangan malu
Tidak salah tuk mengenali
Siapa kata kamu tak cantik kalau senyum? (tiada masalah)
Siapa kata aku mengata kalau senyum? (tiada masalah)
Ok, tiada masalah
Tiada masalah

Ku berdiri di sini
Dan kau kau kau berdiri di sana
Tak perlu kau katakan apa lagi
Jika kau teru-u-us

Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyumanmu, wo-o-oh
Senyum, tak perlu ragu
Senyum, usah dibimbang
Tiada seindah senyumanmu

Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Aku senyum, kau senyum
Dunia turut senyum
Senyumlah bersama

Senyumlah semua
Dunia turut senyum

Senyum bersama semua
Senyum, senyum
Tiada seindah senyumanmu
Senyum, senyum selalu

Senyum, senyum denganku
Tarapapapa

Senyum
Tarapapapa
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya
Aku senyum, kau senyum

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Bibir Merahnya Kisah Wanita Muda Berkahwin Dengan Lelaki Tua

Black Hanifah Dua Hari Tak Makan Teruja Dapat Anak Pertama