Bersumberkan dari berita yang disampaikan oleh Kosmo!, pelawak Jep (Sepahtu) memberitahu keaadan kesihatannya kini semakin baik namun masih beum cergas seperti biasa akibat demam denggi yang dialaminya baru-baru ini.
“Alhamdulillah suhu badan saya sudah kembali normal. Apa yang saya boleh katakan, saya masih belum cergas seperti biasa tetapi saya sudah boleh mula bekerja sekarang.”
Ketiadaan Jep di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) pada minggu kesembilan lalu mengundang pertanyaan ramai kerana pada mulanya Shuib hanya berkongsi khabar bahawa rakan duonya itu, tidak dapat beraksi bersama-samanya kerana mengalami masalah kesihatan.
Dalam laman Instagramnya, Shuib, 31, juga memuat naik sekeping gambarnya yang berdiri di atas pentas MLM2014 dengan kapsyen yang mendoakan teman seperjuangannya itu supaya cepat sembuh daripada penyakit yang dihidapi.
Sementara itu Jep menjelaskan mulanya dia menyangka yang dia hanya mengalami demam biasa dan tidak mendapatkan rawatan. Malah dia masih mahu beraksi namun Shuib tidak membenarkan dia turut membuat persembahan pada malam itu.
Bagaimanapun dia dinasihatkan oleh seorang rakan agar membuat pemeriksaan doktor kerana suhu badan pada waktu itu mencecah hingga 40.1 darjah Celsius. Hasil pemeriksaan dia disahkan menghidap demam denggi.
“Sebenarnya, sebelum saya disahkan terkena jangkitan denggi, saya sudah pun mengalami demam selama empat hari. Mula-mula saya hanya fikir, itu cuma demam biasa dan buat tidak kisah sahaja. Saya cuma makan ubat macam biasa dan tidak pergi mendapatkan pemeriksaan di hospital. Tetapi, ada rakan menasihatkan agar saya membuat pemeriksaan doktor kerana suhu badan pada waktu itu mencecah hingga 40.1 darjah Celsius.
“Saya tidak tahu bagaimana mahu menyebut nama penyakit itu secara saintifik tetapi menurut doktor yang merawat saya, memang saya diserang demam denggi. Selepas menjalani pemeriksaan darah dan sebagainya, saya ambil cuti selama 10 hari dan berehat di kampung”, katanya.
Sumber: Kosmo!