in

Astro Bella Anjur Kempen Astro Bella Jom Kurus

Menyahut seruan kerajaan menerusi kempen Fit Malaysia, Astro Bella bakal menganjurkan sebuah inisiatif kempen kesihatan dan kecergasan, Astro Bella Jom Kurus. Bertujuan menyebarkan kepentingan mengamalkan kehidupan yang sihat dan sejahtera, sasaran utama kempen ini adalah untuk mengurangkan kadar obesiti di kalangan wanita sekaligus meningkatkan keyakinan diri mereka.

Menerusi kempen yang bermula pertengahan Januari sehingga awal Februari ini, Astro Bella akan menyiarkan tips kesihatan dan kecergasan dan program-program istimewa seperti Recepies of Diet Diaries, Aizat Pecah Rahsia, Zon Aktif dan lain-lain pada 8 Februari. Kemuncak kempen ini adalah program Astro Bella Jom Kurus bersama Kevin Zahri di Lost World of Tambun pada 9 dan 10 Februari ini.

Kevin Zahri

Untuk menyertai program ini, Astro Bella menganjurkan peraduan secara online dengan syarat dan terma di www.astrogempak.com.my/astrobella dan menerusi radio SINAR fm.

Program Astro Bella Jom Kurus ini bakal dikendalikan pakar kecergasan dan kesihatan, Kevin Zahri serta mendapat sokongan padu daripada Sunway Lost World of Tambun, Perak sebagai penaja lokasi dan KTM-ETS sebagai penaja pengangkutan. Radio SINAR fm turut menyokong sebagai stesen radio rasmi program Jom Kurus ini.

Selain Kevin Zahri, program ini turut diserikan dengan kehadiran Shalma Ainaa dari Hlive dan penampilan Feeya Iskandar, penyampai radio SINAR fm.

Program ini terbuka kepada wanita yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai BMI melebihi 25. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti ceramah motivasi dan bimbingan kecergasan, cabaran mini bootcamp, spa retreat dan pengembaraan ke Gua Datuk.

Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata:

“Program yang akan berlangsung selama dua hari ini diharapkan mampu memberikan motivasi dan mewujudkan kesedaran kepada golongan sasaran ini untuk mengamalkan kehidupan yang sihat seterusnya mengurangkan potensi untuk menghidap penyakit kronik yang berbahaya.

Bermula dengan sokongan yang diberikan kepada larian MAKNA Founder’s Night Run, ‘Astro Bella Runs With Makna’ sempena Kempen Barah Payu Dara pada November lalu, kami di Astro Bella akan terus komited dan menyokong mempromosikan amalan kehidupan sihat dan sejahtera di kalangan masyarakat terutamanya kepada golongan wanita seperti ini.”

Jangan ketinggalan mengikuti kempen Astro Bella Jom Kurus dan rebutlah peluang memenangi program retreat selama 2 hari 1 malam di Lost World of Tambun, Perak beserta pelbagai aktiviti-aktiviti menarik. Untuk maklumat lanjut, layari www.astrogempak.com.my/astrobella. Teruskan sokongan anda dan dapatkan perkembangan terkini di media sosial dengan #astrobellajomkurus

Kevin Zahri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Popular Jayakan KELAKARAMA di TV9

Jep Sepahtu Terpaksa Bercuti 10 Hari Akibat Demam Denggi