in

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 Terputus Hubungan

AirAsia Indonesia mengesahkan bahawa penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 07:24 pagi ini.

Buat masa ini, kami belum lagi mempunyai sebarang maklumat mengenai status penumpang dan anak-anak kapal di dalam penerbangan tersebut, dan kami akan memaklumkan kesemua pihak yang terlibat sebaik sahaja maklumat diterima.

Penerbangan menggunakan pesawat Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.

Pada waktu ini, operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan dan AirAsia memberikan kerjasama dan bantuan penuh kepada perkhidmatan penyelamat.

AirAsia telah menyediakan Pusat Panggilan Kecemasan bagi kegunaan keluarga dan sahabat handai para penumpang pesawat terbabit. Nombor untuk dihubungi ialah +622129850801.

AirAsia akan menyalurkan maklumat lanjut sebaik sahaja ia didapati. Maklumat terkini juga akan dimuatnaik di laman sesawang AirAsia, www.airasia.com.

Perhatian kepada Pengarang: Kami meminta jasa baik media untuk tidak menghubungi Pusat Panggilan Kecemasan AirAsia, kerana ia dikhaskan untuk ahli keluarga para penumpang untuk mendapatkan maklumat terkini.

AirAsia Indonesia regrets to confirm that flight QZ8501 from Surabaya to Singapore has lost contact with air traffic control at 07:24hrs this morning.

At the present time we unfortunately have no further information regarding the status of the passengers and crew members on board, but we will keep all parties informed as more information becomes available.

The aircraft was an Airbus A320-200 with the registration number PK-AXC.

At this time, search and rescue operations are in progress and AirAsia is cooperating fully and assisting the rescue service.

AirAsia has established an Emergency Call Centre that is available for family or friends of those who may have been on board the aircraft. The number is: +622129850801.

AirAsia will release further information as soon as it becomes available. Updated information will also be posted on the AirAsia website, www.airasia.com.

 Note to Editors: We ask that members of the news media do not call the AirAsia Emergency Call Centre, as this line is reserved for family members seeking information about those who may have been on board.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Halim Othman Ke Segmen Sukan Grandstand Suria

Senarai Bilangan Penumpang Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501