Berikutan dengan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia terutamanya Pantai Timur, TV3 telah mengambil keputusan untuk menunda tarikh Karnival Jom Heboh yang dijadualkan berlangsung di ICT Shah Alam pada 27 dan 28 Disember ini pada tahun 2015. Keputusan ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan negeri.
Walaupun Karnival Jom Heboh di Shah Alam telah ditundakan, pihak pengurusan TV3 bersama-sama warga Rumah Baitul Barokah Wal Mahabbah, Sepang, turut mengadakan solat hajat dan bacaan doa pada hari ini bagi memohon keselamatan untuk penduduk-penduduk yang terjejas dan disurutkan banjir. Ianya adalah aktiviti yang sering dijalankan setiap kali Karnival Jom Heboh diadakan.
Kepada orang ramai yang ingin memberi sumbangan, anda boleh salurkan terus ke akaun Maybank atau cek atas nama Tabung Bencana NSTP-Media Prima (MBB 5141-0532-0757) dan dihantar ke Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat 1, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur atau pejabat cawangan NSTP/Media Prima di seluruh negara.