24 Januari 2010 – Ahad
Seawal jam 9 pagi, semua crew berkumpul di bilik gerakan untuk bersarapan. Kasi perut tu penuh dulu baru boleh buat kerja. Nanti tak pasal-pasal pulak ada yang pengsan. Pastinya, hari ini adalah hari yang memenatkan bagi kami. Tapi dalam pada itu, kami teruja dan seronok untuk memulakan misi. Yang penting sekali, semua orang happy. Itu yang kita nak.
Selesai sarapan, semua barang diangkut ke kereta. 5 buah kereta kesemuanya. Jam 10.30 pagi, kami bertolak menuju ke Berjaya Times Square. Mujurlah jalan di sekitar Bukit Bintang tak sesak pada tengahari Ahad.
Budiey pula, dalam perjalanan tu, singgah jap kat kedai kek Honeybake kat Jalan Bukit Bintang untuk ambil kek ulangtahun hadiah dari Radio Suria FM! Terima kasih Suria FM!
Sampai di Berjaya Times Square, nasib baik ada tempat kosong untuk kami park kereta. Kami parking kat tingkat 5, so, kira okay la dekat gak dengan Neway Karaoke Box. Taklah sakit bahu pikul goodie bag dan hadiah cabutan bertuah tu.
Nasib baik gak la ada troli, pinjam dengan Neway Karaoke Box. Kalau tak… sendiri mau ingat lah. Mau senget bahu dibuatnya. Huhu!
Jam 11.20 pagi, kami dah pun berada di Neway Karaoke Box. Tanpa berlengah-lengah lagi, kami terus setup tempat pendaftaran yang hanya berhadapan dengan pintu masuk Neway Karaoke Box.
Lokasinya sangat luas dan kami bernasib baik kerana pihak pengurusan Neway Karaoke Box memberi kelonggaran kepada kami untuk buat di sini.
Memandangkan hari Ahad, Budiey dengar, Neway Karaoke Box dikunjungi oleh ramai pelanggan. Jadi, kami harap kerja-kerja kami tak mengganggu kesesakan di tempat hiburan ini.
Terus saje, pasang bunting, bukak banner, sediakan meja pendaftaran dan susun goodie bag mengikut kategori. Juga tak ketinggalan 2 kotak yang berisi T-shirt Eksklusif Sensasi Selebriti.
Ditambah lagi dengan beberapa T-shirt yang ditaja oleh rakan-rakan syarikat media lain seperti Suria FM, Warner Music dan portal GUA. Terima kasih semua!
Sekurang-kurangnya, ada pembaca yang membawa pulang 2 helai T-shirt pada hari itu.
Di meja pendaftaran pula, Budiey sediakan 3 senarai kehadiran iaitu senarai pembaca, selebriti & penaja dan Sitizoners.
Dengarnya, ada juga pembaca yang tak dapat hadir pada hari tersebut kerana ada masalah yang tak dapat dielakkan walaupun mereka dah siap-siap bayar dah, tapi nak buat macamana.
Benda dah nak jadi. Tapi tak pe, kalau ada rezeki lagi, kita jumpa lagi di lain masa.
Setelah mendaftar nama, semua pembaca diberi sekeping kad merah iaitu nombor cabutan bertuah dan juga pelekat Neway Karaoke Box untuk ditampal kat T-shirt sebagai tanda anda adalah pengunjung yang SAH!
Juga tak ketinggalan, semua pembaca yang hadir diberikan goodie bag tajaan Maxis & Hotlink ini.
Semua dapat kan?
Amacam cantik tak beg goodies tu?
Sebenarnya, beg ini dikitar semula. Asalnya adalah banner dan bunting yang tak digunakan lagi. DIreka dan dijahit semula. Jadi, orang kata, baguslah macam ni. Jaga kebersihan udara dan alam sekitar.
Syarikat komunikasi terbesar No. Satu di Malaysia ini juga menaja buku nota untuk semua pembaca yang hadir.
Terima kasih kepada Maxis & Hotlink.
Mereka kemudian perlu mengambil baju T mengikut saiz masing-masing. Seperti sedia maklum, pembaca diminta WAJIB memakai baju T Budiey.com sebelum acara bermula. Jadi nampak lebih meriah dan orang Neway Karaoke Box pun senang untuk memastikan yang mana satu pembaca Budiey.com.
Tapi Budiey dapati ada juga yang tak nak pakai. Mungkin terlalu sayang kot… atau mungkin korang ada sebab tersendiri.
Nasib baik tak banyak T-shirt yang rosak. Ada satu dua aje. Harap T-shirt yang korang terima tu semuanya okay.
Tahun ini, Budiey telah menempah baju T-shirt sebanyak 150 helai. Tahun lepas cuma 100 helai. Sebab nak kasi lebih sikit, so pembaca yang tak hadir boleh jugak menempah T-shirt dan Budiey akan hantar melalui pos.
Dan ada beberapa orang pembaca yang bersaiz besar tidak dapat menyarung T-shirt Budiey.com… so next year, Budiey janji akan sediakan untuk saiz yang paling besar. Sebenarnya, saiz kali ini lain sikit sebab tauke T-shirt ni kata, baju T warna merah ni ada dalam American Saiz. Tapi itu tak jadi masalah besar. Sebab kita boleh tukar sendiri. Kalau korang pakai saiz L, kita kasi saiz M.
Tengok gambar bawah ni… semua merah… merah dan merah…
Ops, gambar bawah ni masa korang dah masuk dewan utama.
Budiey minta maaf banyak-banyak kepada pembaca yang tak dapat T-shirt sebab ada saiz tak cukup. Itulah, lain kali datang awal sikit ya.
Jam 1 tengahari, semua pembaca yang mendaftarkan nama telah siap beratur panjang di hadapan meja pendaftaran. Semuanya hadir dengan berpakaian merah putih. Nampak ceria sikit kan?
Budiey sempat meeting jap dengan orang kuat untuk mempromosikan Neway Karaoke Box.
Sekarang ini, mereka mahu mendekati pasaran orang Melayu. Sebelum ini, Neway Karaoke Box agak popular di kalangan orang Cina tetapi untuk masa akan datang, Neway Karaoke Box akan memperkenalkan outlet mereka untuk orang Melayu berkaroke dan bersantai di sini.
Mungkin di lain masa, Budiey akan bekerjasama lagi dengan Neway Karaoke Box untuk Pertandingan Karaoke Pembaca Sensasi Selebriti. Amacam okay? Sape setuju angkat kaki!
Tak sempat-sempat dua orang dari grup Sitizoners ni berposing sakan dengan bunting Budiey.com.
Untuk ulangtahun ke-3 ini, Budiey ada print 4 buah bunting. Sebenarnya, ini adalah kali pertama Budiey print bunting untuk Sensasi Selebriti. Dengan pertolongan Farhan – yang bijak grafik, Budiey siapkan juga bunting untuk pentas utama.
Masa printing itu hari, ada silap sikit. Tak nampak huruf S dan E kat Sensasi Selebriti tu. Tak pasal-pasal Budiey dapat diskaun harga. Yeah!
Alhamdulilah, Neway Karaoke Box telah memberikan 3 bilik untuk ulangtahun Budiey.com kali ini iaitu satu bilik untuk VIP dan selebriti, juga bilik untuk makan-makan dan bilik pentas utama di mana korang semua penuhkan pada hari tu. Nasib baik tak dela sendat sangat.
Kalau korang tak selesa, awal-awal lagi Budiey dah minta maaf. Dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Yelah, Budiey tak dapat memuaskan hati semua pembaca. Di luar sana, ramai lagi yang mengadu nak datang jugak walaupun tempat dah penuh. Tapi Budiey tak berani sebab takut sesak sangat macam sardin.
Huru hara pulak.
Budiey juga bersyukur kerana segala perancangan berjalan lancar. Kesemua artis yang dijemput semuanya datang.
Antaranya, Hyrul Mentor dan abangnya, Khairul dari kumpulan In Heart. Ditemani oleh pengurus mereka, Jimmi.
Yang kat sebelah kiri tu pula, Ajieb… hos parti! Tq Ajieb!
Dengan bantuan Ajieb yang cukup profesional masa mengendalikan parti, segala perancangan dan agenda berjalan dengan lancar.
Juga Budiey menerima kehadiran bintang baru… Mimi Mystarz LG.
Julia, wakil dari Suria FM juga hadir. Secara peribadinya, beliau telah menaja 30 utas gelang tasbih untuk diberikan kepada pemenang cabutan bertuah, selebriti & VIP juga untuk anugerah pembaca.
Terima kasih Julia!
Budiey juga menerima beberapa hadiah dari pembaca. Antaranya, Aiman yang juga merupakan deejay Radio CTFM, sanggup datang dari jauh, nun dekat Ipoh sana, ya?
Terima kasih sebab sudi kasi hadiah kat Budiey. Tq! Tq!
Kak Azimah, Azwan dan geng dari Sitizoner yang seramai 10 orang.
Ini dia tukang grafik banner Budiey.com. Farhan dengan temannya… Ieta.
Penaja dari Aluminum Kitchen. Terima kasih kerana sudi hadir!
Kita juga ada pembaca kecil yang sudi datang. Adik Amar…. makin comel dia.
Memperagakan barangan dari sponsor… GATSBY! Thanks Gatsby.
Sebelum memulakan misi, semua Crew Budiey.com melontar 1shot… GO GO GO Budiey.com!!!
Sempat pamerkan sticker Neway. Thanks Neway Karaoke Box!
Juga Brands! Thanks Brand’s!