in

Teater Kompilasi Vol. 3 TANDA

Teater ini berbentuk Teater Eksperimental.

Tema bagi teater ini ialah alam sekitar dan kemusnahan alam.

Mesej yang hendak disampaikan di dalam pementasan ini ialah kita harus sedar dengan tanda-tanda kemusnahan alam yang berpunca dari kelalaian kita, tindakan segera harus di ambil untuk menyelamatkan alam dari kemusnahan.

Persoalan yang dibawa di dalam persoalan ini seperti berikut:

1-Bagaimana sikap buruk manusia yang merosakan alam sekitar akan membawa kepada kemusnahan alam.

2- Sejauh mana manusia bersedia untuk berhadapan dengan kemusnahan alam secara total

3- Apa langkah-langkah diambil oleh manusia terhadap tanda-tanda yang diisyaratkan oleh alam, sains dan agama.

Konsep

Persembahan teater ini berkonsepkan kolaborasi yang mengabungkan enam orang pengarah untuk mementaskan sebuah persembahan. Setiap pengarah akan mengarahkan sebuah cerita yang berkaitan dengan tema; iaitu alam sekitar dan kemusnahan alam yang berdurasi 15 minit setiap satu.

Setiap cerita pendek ini akan bercantum dengan teras utama cerita yang disampaikan dalam bentuk persembahan ensamble secara fizikal. Perkataan fizikal ini membawa maksud sebuah persembahan yang menggunakan tubuh dan badan seperti pose, gasture, movement dan level yang diekspolitasikan dalam sesuatu masa dan ruang.

Selain lakonan persembahan ini juga akan mengekspolitasikan  cahaya, bunyi dan visual (multimedia) untuk memberi mood kepada persembahan.

Pementasan ini mensasaran penonton di semua peringkat umur.

Butir-butir pementasan:

Cadangan Tempat Pementasan ialah di Experimental Theatre, ASWARA

Durasinya selama dua jam tidak termasuk masa rehat (intermission)

Tarikh pementasan: 2 Februari hingga 6 Februari 2010 (8.30 malam), 6 & 7 Februari 2010 (3 petang)

Jumlah Persembahan : 7

Eksekutif Produser: Faisal Mustaffa

Pengarah Kreatif: Nam Ron

Penulis Skrip / Pengarah : Fared Ayam , Amar, Aisyah, Mohd Yusman Mokhtar

Pelakon : Adika, Dira Abu Zahar, Noris Ali, Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, Beto Kusyairi, Zahiril Adzim, Mardiana Ismail, Hafizee Hatta, Ghadafi Meliki, Mustakim, Marina Roslan, Maya Tan, Alyn, Taiyuddin  Bakar, Raisya, CT Khadijah

Poster promosi seperti yang dilampirkan.

Sebarang bertanyaan, sila hubungi Faisal Mustaffa 019-2232002 atau [email protected]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Alfi Di Hati Ibu di TV2

Aksi Pertarungan Ekin Cheng Dalam Heavenly Mission