Budiey baru perasan, kategori Pengacara Radio Wanita Popular tak pernah ada muka baru atau talent baru yang berjaya bolos ke top 5. Dari tahun-tahun sebelum ini, wajah-wajah familiar seperti Fara Fauzana, Abby Fana, Nana, Linda Onn dan Sharifah Aleya bagaikan dah terpaku kemas di dinding Top 5.
Namun, di kalangan top 5 untuk kategori ini, sudah tentu peminat awal-awal lagi dah tahu siapa yang akan menang. Analisanya senang dan mudah, selain popular di radio, penyampai ini juga selalu aje keluar TV untuk jadi pengacara, malah dah ada program TV sendiri.
Nak senang lagi, nak tahu popular ke tidak, kita tengok berapa ramai peminat yang mendaftar jadi ahli dalam fanpage di Facebook mereka. Ternyata di situ, Fara Fauzana dah menang awal-awal dengan jumlah peminat di Fanpagenya seramai 140,158 fans! Dengarnya dah kalah dengan fanpage Dato’ Siti Nurhaliza? Mmm… hebat betul penangan Fara Fauzana. Alahai Fafau… dan ramai peminat nak tengok Fara Fauzana menjulang trofi Artis Paling Popular. Sekali pun tak pe la.
Cakap pasal wajah baru ni, Budiey ada nampak wajah penyampai XFM, Nana dah nampak lain sejak bergaya dengan imej rambut pendek. Mungkin sebab lama tak jumpa, jadi Nana sangat lain dan lebih matang dalam bergaya. Tampil dengan lebih elegan seperti seorang wanita berkerjaya ekskutif, berseluar panjang yang longgar dengan top hitam sendat. Eheh… amboi anting-anting dia besarnya…
Kata Nana, dia tak merajuk apabila dihijrahkan dari stesen Radio Era ke XFM, namun Nana atau nama sebenarnya, Nurul Hana Che Mahazan menganggap perubahan ini adalah satu platform untuk membina kredibiliti diri dalam perkembangan kariernya.
Susuk tubuh Nana masih nampak langsing dan kurus walaupun dah bergelar isteri kepada Mohamed Raqeem Brian Abdullah. Ternyata benar, kehidupan Nana semakin terurus sejak bergelar isteri.
Tahniah Nana kerana masih berada dalam Top 5 dalam kategori ini!