Budiey rasa ada beberapa kejutan dalam senarai Top 5 kali ini:
- Setelah bertahan begitu lama dalam ABP, nama Rosyam Nor dah takde dalam senarai? Nak kata Rosyam Nor takde keluar produk dan drama, tak jugak. Rosyam Nor masih lagi berlakon drama TV. Tapi mungkin kali ini, namanya tenggelam kerana keluarnya muka-muka pelakon yang lebih segar, muda lagi baru.
- Timbulnya artis baru yang selama ini jarang kita lihat untuk berada dalam senarai Top 5. Kalau ada pun, hanya dalam senarai pencalonan awal.
- Seperti biasa untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular dimonopoli oleh bintang realiti TV. Namun kali ini terdapat satu nama yang sangat asing iaitu pelakon bernama Gambit Saifullah. Beliau pernah berlakon filem Rasukan Ablasa, Susuk dan Cinta. Jangan pula anda ingat, dia undi diri sendiri ya kerana bagi Budiey ini adalah rezeki namanya.
- Sekali tercalon, Yuna tersenarai dalam 2 kategori sekaligus iaitu Penyanyi Wanita Popular dan Artis Baru Wanita Popular. Satu kebangkitan dan evolusi baru dalam peralihan kuasa dunia seni suara. Namun, bersaing dengan Siti Nurhaliza, rasanya Yuna masih dalam kiraan langkah pertama.
- Rabbani yang sentiasa disebut sebagai pemenang dalam kategori Penyanyi Nasyid Popular kali ini masih berjaya membolosi walaupun tanpa vokalis Ustaz Asri.
- Melihat barisan nama dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular, nampaknya kali ini Fahrin Ahmad dan Aaron Aziz akan bersaing dengan 3 muka baru iaitu Fizz Fairuz, Fizo Omar dan Remy Ishak.
- Wow! Budiey kira ini selain kategori Artis Komedi Lelaki Popular yang mengangkat pelawak ini sebagai Artis Paling Popular tahun lalu, ini pertama kalinya nama Nabil tersenarai dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular. Alhamdulilah, ini hasil usaha beliau mengacara program TV3 iaitu Ewah Ewah dan Hartamania di TV9. Mungkinkah Nabil akan menyapu bersih dan merampas mahkota dari Aznil Nawawi?
- 3 nama popular yang tengah panas dengan cerita kontroversi tatkala ini iaitu Linda Onn, Scha Alyahya dan Fahrin Ahmad pastinya tersenarai. Okay, nampaknya betul kata sesetengah orang, popular dengan bakat dan kontroversi itu berjalan seiring.