Jam 3 petang tadi telah berlangsung Karen Kong joins Voices of Audio Technica di sebuah cafe di Plaza OUG. Tahniah buat Karen Kong kerana telah dilantik menjadi duta dan jurucakap kepada Audio Technica – sebuah syarikat pengeluar produk bunyi canggih.
Produk Audio Technica sangat popular kerana menjadi penaja utama untuk sistem bunyi di Grammy Awards selama 12 tahun. Begitu juga dengan TV shows seperti Big Brothers, Deal or Not Deal dan The Rock & Roll Hall of Fame.
Bukan calang-calang, microfon Audio Technica digunakan oleh ramai penghibur antarabangsa seperti Gwen Stefani, Andrea Bocelli, Amy Windhouse, Chris Doughtry, Justin Timberlake, Metallica, BOA dan ramai lagi. Rabbani dan Pop Shuvit pun memilih untuk menggunakan Audio Technica.
Karen Kong memilih untuk menyertai Audio Technica kerana ianya begitu relevan dengan kariernya sebagai seorang penghibur yang memerlukan mutu bunyi yang maksimum. Dari travel jauh hinggalah ke pentas, Audio Technica memang sesuai dengan jiwa Karen Kong.
Karen Kong memilih microphone Audio Technica berwarna merah jambu sebagai salah satu trademark dirinya. Merah jambu juga merupakan warna kegemaran beliau.