Ramai wartawan dan peminat yang tertanya-tanya, apa jenis fesyen lah yang IZ OIAM pakai masa Anugerah Juara Lagu yang lalu. Sekali tengok macam baju tidur, dua kali tengok macam baju sport (penjaga gol ke apa?). Mmm… agak pelik jugak imej IZ OIAM kali ini. Lain dari yang lain.
Budiey rasa ini bukan kali pertama IZ OIAM pakai dengan gaya sporty. Pernah sekali Budiey lihat IZ pakai pakaian yang sama tapi berlainan corak di Malam Ulangtahun Celebrity Fitness di Sunway.
IZ OIAM masa show di Anniversary Celebrity Fitness
Budiey ada bertemu dengan IZ OIAM hari tu dan dia kata, dia mahu mencipta satu kelainan dalam mencipta imej baru sesuai dengan muzik dan lagu yang dibawanya. Tak kisah orang nak cakap apa, yang penting, diri IZ sendiri selesa berpakaian dengan gaya yang sporty. Kadang-kadang kita kena fikir out of box and push the boundaries.
Ramai yang memuji mengatakan set pakaian itu nampak funky, cute dan sporty. Tapi tak kurang yang mengeji mengatakan IZ menjadi mangsa fesyen, tak sesuai dengan majlis dan mungkin ada yang kata fesyen ni nampak pelik.
Sebenarnya, fesyen ini bukan sebarang fesyen ya. Ini fesyen dari Adidas Originals – Jeremy Scott Originals by Originals Fall/Winter 2009 Collection.
Okay, kita lihat dulu gambar yang Budiey lampirkan di bawah ini:
Dengarnya, bukannya murah baju koleksi dari Adidas ni… agak mahal jugak.
IZ OIAM juga akan perform 2 buah lagu di Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com pada 24 Januari nanti. See u there, IZ!
Amacam, korang berani pakai?