Tu dia… penyanyi Farawadhida dengan bergayanya memperagakan fesyen yang memang sesuai digayakan pada waktu malam.
Hitam yang tak terlalu gothic dan yang penting fabrik yang digunakan dari sutera thai yang sedikit kelabu asap milennium. Ditambah lagi dengan bling bling bling dalam rekaan ini. Kasi Fara nampak glamour.
Rasa-rasa korang, fesyen dalam warna smooky macam ni sesuai tak dengan warna kulit hitam manis Farawahida? Sesuai kot eh? Aksesori pun dalam warna yang sama tapi apabila terlalu banyak sangat aksesori memang akan nampak serabut.
Budiey tertanya juga, apa yang Farawahida pakai di bahagian leher tu… mmm… ehehe, korang komen sendiri la ya. Cuma apabila kita lihat di bahagian tengah, mungkin sesetengah orang tidak begitu biasa dengan fesyen ini.
Apa-apa pun perkataan paling tepat untuk gaya Farawahida pada malam itu ialah elegan.
Budiey: Masih jelas terbayang akan persembahan Farawahida semasa AJL23 tahun lalu. Pergh meriah eh?