Di mana ada majlis anugerah, di situ ada Azwan Ali. Pendek kata, gambar Azwan Ali pasti akan terpampam di mana-mana. Bukan nak kata Azwan Ali gila glamour. Tapi kalau dah dijemput tu, tidak salahnya berposing sakan. Cuma bab-bab posing ni, Budiey rasa Azwan Ali memang tak boleh ubahlah. Walaupun kata Azwan Ali yang tengah tulis buku Selamat Tinggal Dunia Pondan ni, nak berubah. Hari tu, keluar program Terjah Nas Ahmad. Korang tengok sendirikan, apa komen Azwan.
Masa red karpet AJL hari tu, pose Azwan Ali sama macam dulu jugak. Rasanya itu dah trademark dialah. Tak leh lari dah. Tak caya, tengok gambar yang Budiey ambil ni. Cuma imejnya lain sikit apabila berkepala botak walaupun dah lama buat umrah. Nampak sikit kejantanannya seperti Mawi lagaknya. Hehe!
Hari itu, ramai yang terkejut Azwan Ali pergi merisik seorang gadis Kluang. Yea, memang desas desus mengatakan Azwan Ali akan kahwin tak lama aje lagi. Dalam beberapa hari lagi. Tapi kena ingat ya, kahwin-kahwin ni banyak makna. Contoh, istilah kahwin untuk selipar. Bila orang kata, selipar kahwin. Maknanya, selipar yang tak sama dipadankan. Itulah, dalam konteks Azwan Ali ni, tak tahu lah nak cakap macamana.
Yang sebetulnya… korang kena tunggu samada Azwan Ali kahwin dengan anak dara betul atau sengaja nak buat gimik. Budiey tak nak kasi komen apa-apa sebelum ‘majlis akad nikah’ tu berlangsung.
Budiey nak ucap tahniah kepada Azwan Ali kerana telah terpilih untuk menyertai Project Alpha musim kedua. Pengambaran akan diadakan tak lama lagi. Mungkin dalam pertengahan bulan Februari atau Mac, pembaca boleh tengok aksi Si Laser Azwan Ali dalam Project Alpha.