Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan tunangnya, Dr Halina Mohd Yunos juga turut hadir memeriahkan sambutan hari jadi Dato’ Siti Nurhaliza yang ke-31. Masih lagi berdarah manis orang kata. Jelas terpancar keceriaan dari pasangan ini. Sentiasa manis tersenyum dan Budiey nampak mereka berdua ni sangat sweet. Sesuailah diorang bercouple. Tak sabar nak tengok diorang ni disatukan.
Masa di muka pintu masuk, Budiey ada nampak, angkasawan pertama ini telah menghadiahkan sebuah buku tentang angkasawan kepada Siti Nurhaliza. Mmm… Budiey boleh nampak tu sebab buku tu tak berbalut. So nampak lah tajuk dia.
Banyak betul hadiah yang Siti dapat tadi… mmm… mesti mahal-mahal ni. Beruntung jadi orang terkenal ni, masa sambutan hari jadi, mesti best!
Pasangan sehati sejiwa katakan, jadi datang pun nak kena sedondonlah. Tema merah dan putih. Wajah Halina pun nampak natural dan taklah pakai make up yang terlalu tebal. Nampak simple tapi nice. Tapi bab pakai baju tak berlengan tu nampak ala chinese sikit.
Budiey: Sekarang ni, macam-macam cara untuk pasarkan produk. Yang paling popular ialah melantik selebriti menjadi duta. Tapi kadang-kadang sebalik nak mewar-warkan duta produk itu, macam-macam gimik dilakukan. Tapi kali ini, Budiey dapati gimik untuk produk satu ni memang menjadi.
Ramai yang terkeliru dan percaya bulat-bulat dengan gimik. Nak tahu produk apa, dan siapa artis yang buat gimik tu, korang kenalah tunggu… Budiey tak leh kasi tau lagi sebab ini rahsia kerajaan. Kalau kasi tau, tak de gunanya buat gimik. Lambat laun, orang tahu gak. So, tunggu la ya.
Budiey teringat dengan satu gimik yang dilakukan oleh syarikat perlangsingan badan ni. Kononnya, artis ni pergi ke Damansara, berdating kata dia. Dengan siapa? Disangkakan ada kekasih baru tapi ‘kekasih’ yang dimaksudkan adalah sebuah spa kecantikan. Mati-mati orang duk ingat dia dah ada kekasih baru.
Sekarang ni Budiey macam dah tak nak percaya dengan gimik-gimik macam ni lagi. Anggaplah ia satu cabang hiburan. Dan sebenarnya, ini satu strategi berkesan untuk menghypekan produk itu sendiri. Jadi, sampai bila-bila orang akan ingat tentang produk tuh. Bila tengok artis si polan, mesti ingat produknya.
Begitulah formulanya…