Walau bergaduh, rumahtangga berantakan dek perselisihan faham, namun pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim rela menepiskan keegoan mereka demi masa depan anak-anak. Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak dan mahu melihat anak-anak membesar dengan pendidikan sempurna.
Seperti ibu-ibu sekalian, Abby Abadi dan Norman Hakim juga tidak lepas untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Pastinya minggu pertama ini adalah minggu yang agak getir bagi anak-anak yang baru berpijak di kelas untuk kali pertama.