Tindakan Zizan Nin yang tidak mahu menghebohkan perkahwinannya membuatkan ramai peminat tertanya-tanya, bila dan dengan siapa Zizan akan kahwin. Tapi bagi Zizan Nin, dia sangat cool dan mahu menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan semua rahsianya.
Yang pasti, menurut Zizan, dia dan kekasihnya akan berkahwin pada sebelum hari jadinya iaitu sebelum bulan Mei. Untuk menjimatkan masa barangkali, Zizan mungkin akan mengadakan majlis pertunangan beberapa jam sebelum kahwin.
Zizan akan buat majlis kahwin bertemakan dalam taman tapi sederhana. Kekasihnya kini bukan dari golongan selebriti dan bekerja di pejabat. Namun, menurut sumber, dipercayai bakal isterinya adalah dari golongan orang yang berada juga.
Zizan kini baru selesai shooting drama Siong untuk Slot Lagenda TV3. Happy New Year Zizan Nin, semoga tahun 2010 ini, anda selamat menamatkan zaman bujang.