in

Juara Idola Kecil 2

Pada jam 9 malam ini, 2 Januari 2010, Idola Kecil musim ke-2 peringkat akhir akan bersiaran di TV9!

Setelah hampir dua bulan bersaing, akhirnya, hanya tinggal enam peserta Idola Kecil 2 yang akan melangkah ke pusingan akhir pertandingan yang bakal berlangsung pada 2 Januari 2010 di Pusat Konvensyen SACC, Shah Alam.

Selepas pengunduran Sam Khor diikuti penyingkiran Fienaz, Nurul dan Jiha, kanak-kanak cilik yang bakal memberikan persembahan terbaik mereka pada malam debaran tersebut adalah Azzam, Arill, Dayana, Ain, Maulud dan Tasha.

idola

Tetapi hanya seorang saja yang akan dinobatkan sebagai juara. Jika nak tahu siapa, jangan lupa menonton siaran langsung finale ‘Idola Kecil 2’ pada jam 9 malam di TV9 pada 2 Januari ini.

Budiey tertarik menonton video pengumuman Sam ketika beliau menarik diri dari Idola Kecil 2. Sangat mengharukan. Sam menarik diri kerana beliau bakal menyertai program mewakili Malaysia ke Beijing.:


Aril nyanyi lagu Situasi. Best! Ada bakat nak jadi rockers!


Dayana Nyanyi Ayat-Ayat Cinta


Aril nyanyi Anak Gembala


Tasha – Langit Ke-7

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ucapan Tomok Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com

Gambar Dr Sheikh Muszaphar Dr Halina Bertunang