Semalam, 31 Disember 2009, jam 8 malam telah berlangsung Majlis Berinai Kecil pelakon dan hos Serina Redzuawan. Namun, dengarnya Chef Wan agak terkilan dan kecewa dengan sikap acuh tak acuh hos Zalina Azman, bekas personaliti TV3 yang tidak hadir semalam. Ini menjadikan majlis agak cacat tanpa hos.
Walaupun begitu, majlis itu tetap berjalan dengan lancar dan meriah tanpa pengacara majlis di Al Halabi lounge, J.W Marriott, Kuala Lumpur.
Masalah berpunca dari salah faham Zalina dengan 2 buah majlis berinai yang dirancang dalam resepsi perkahwinan Serina. Yelah, ada majlis berinai kecil dan ada majlis berinai besar. So, kat situ keliru sikit.
Pada pukul 9.30 malam, Serina muncul mengenakan empat persalinan secara satu persatu dalam majlis itu.
Serina kelihatan persis Puteri Maghribi ketika menggayakan persalinan utama yang berkonsepkan Maghribi dengan rona hitam rekaan Jovian Mandagie ditambah pula dengan solekan Baby Elle.
Menariknya mengenai persalinan ini, persalinan itu mengikut potongan kaftan berpanel dihiasi 20 jenis manik yang pelbagai bentuk.
Tiga lagi persalinan termasuk kebarung songket berwarna hijau, cheongsam bermotifkan naga, gaun petang berwarna kelabu beserta tiara dan layah ditaja oleh Butik Pengantin Nasha dari Ipoh, Perak. Kegemerlapan empat persalinan Serina di majlis itu turut diserikan dengan sebuah persembahan tarian ala padang pasir (bally dance) oleh tiga orang penari dari Malaysia, Mexico dan Lubnan.
Majlis yang selesai menjelang tengah malam itu dihadiri oleh lebih 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Serina dan bakal suaminya, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar telah selamat dinikahkan pada pukul 11 pagi tadi di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. [sumber]