in

Sertai Peraduan KENZO The Most Memorable Journey of Love

Selamat tahun baru 2010 kepada semua pembaca Sensasi Selebriti – Budiey.com. Teruskan sokongan anda untuk tahun seterusnya… Selamat bercuti dan semoga hari ini lebih baik dari semalam! Korang celebrate kat mana malam ni?

Kalau korang berhajat untuk menyambut di tempat yang sesak seperti Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang atau di mana juga, ingat jaga diri anda baik-baik. Yang penting, kalau nak keluar tu, sembur sikit minyak wangi, kasi harum dan bau badan anda tu taklah mengganggu orang sekeliling anda.

Cakap pasal bau-bauan, ada satu produk fragrance baru yang akan dilancarkan pada 4 Januari 2010 nanti. Kenzo Amour Fresh Florale Fragrance! Bagaimana baunya? Itu Budiey tak try bau lagi. Tapi kalau korang nak rasa baunya camna, kenalah pergi ke outlet Kenzo kat shopping mall yang berdekatan. 

 

Okay, di sini ada satu peraduan untuk korang sertai.

SERTAI PERADUAN KENZO The Most Memorable Journey of Love

Untuk setiap pembelian fragrance baru dari Kenzo ini, korang layak untuk menyertai satu peraduan The Most Memorable Journey of Love dan berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu penginapan 3 hari 3 malam bercuti di The Gardens Hotel.

Selain itu banyak lagi hadiah yang menarik bakal menjadi rebutan!

Peraduan ini bermula pada 4 Januari 2010 hingga 28 Februari 2010.

Untuk korang yang membeli wangian Kenzo berjumlah RM400 ke atas (termasuklah haruman baru Kenzo Amour Floral) akan mendapat sepasang cupcake Kezo Amour Florale edisi terhad, eksklusid dari Cupcake Chic.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Remy Ishak Si Koboi Jahat

DICEY BUSINESS