in

RTM Raikan Hari Natal Bersama Penonton

Teristimewa buat penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM), saluran TV2 sempena meraikan Hari Natal pada 25 Disember ini menjanjikan tayangan sebelas (11) program hiburan dan filem bertemakan sambutan perayaan tersebut.

Sepanjang hari sambutan Hari Natal pada 25 Disember ini, saksikan enam filem termasuk animasi terbaik bermula tayangan filem We’ve Got Chrismas Mail (pukul 12.00 tengah malam), Mickey A Twice Upon A Christmas (pukul 9.30 pagi), Ice Age : A Mammoth Christmas (pukul 11.30 pagi), Extreme Christmas Trees (pukul 2.00 petang), The Ultimate Christmas Present (pukul 3.00 petang) dan Ice Age : Continental Drift (pukul 10.00 malam).

saywho

Keesokkan harinya pada 26 Disember ini program terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM, Muzikal Anak Dunia (khas Hari Natal), pukul 4.00 petang. Bertemakan persahabatan, gabungan persembahan nyanyian, tarian dan persembahan silap mata. Antara adik-adik cilik yang mewarnai Muzikal Dunia ini; Sayang Dancers, Aqeesh Aleya, Jesslyn Ng, Shiekh Baseer, Janelle, Tharrani, Flava Skoutz, Saywho dan Hazury. Rancangan ini dihoskan oleh Nadiah Hasnan.

Tidak lengkap kiranya tidak berhibur dengan program Down Memory Lane sebelah malamnya, pukul 10.00 malam terbitan Unit Hiburan TV RTM. Muzikal ini dijayakan oleh artis terkenal Fauziah Latiff, Ning Baizura, Dina Nadzir, Nita, Aliff Satar, Erni Zakri,Hazama, Prema Yin dan Daniel Lee. Program ini menampilkan pengacara Thanuja.

Pada 27 Disember pula slot Saturday Matinee mengambil tempat menghiburkan penonton dengan tayangan filem A Christmas Story, pukul 2.00 petang lakonan mantap Peter Billingsley, Melinda Dillon dan Darren McGavin. Ia mengisahkan Ralphie menyakinkan keluarganya, gurunya dan Santa bahawa hadiah paling sempurna sempena Krismas ialah sepucuk senapang berharga.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, saksikan Rumah Terbuka Malaysia (langsung dari Kuala Lumpur) pada 27 Disember, pukul 9.00 malam.

Sebagai penutup tirai pada 28 Disember, pukul 9.30 malam, RTM menyiarkan persembahan menakjubkan ‘An Evening With Romanian Radio National Orchestra’ Romanian Orchestra terbitan Unit Hiburan TV RTM. Persembahan yang berlangsung selama dua jam ini menyaksikan penonton bakal dibuai dengan pemuzik Romanian Radio National Orchestra yang membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur. Istimewanya persembahan ini adalah sebagai penghargaan khas sempena 7th World Summit on Media for Children (WSMC) yang menyaksikan Kuala Lumpur menjadi hos kepada sidang tersebut dari 8 hingga 10 September 2014.
– ### –

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sakit Tekak Aina Abdul Bukan Penghalang di Konsert Mentor Legend

Review Hotel Oakwood Premier Cozmo Jakarta