Adakah anda salah seorang peminat pengacara popular Karl Shafek? Adakah anda juga turut mengidam untuk mendapatkan baju T eksklusif Neonate Clothing yang diperkenalkan oleh Karl Shafek?
Sekiranya jawapan anda YA, sila buktikan kepada Budiey sejauh mana anda meminati Karl Shafek di sini. Jika anda berjaya membuktikannya, Budiey ada 9 helai baju T untuk anda menangi. Seorang pemenang dapat memenangi sehelai baju T Neonate Clothing. Amacam?
Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk menonton filem THE HOBBIT: THE BATTLE OF THE FIVE ARMIES bersama dengan Karl Shafek di TAYANGAN PREMIERE with Budiey yang akan berlangsung pada 16 Disember 2014 di TGV 1Utama, Bandar Utama. Seronok kan?
Okay, caranya senang sangat tau. Tak susah, tak la senang sangat… hehe.
Anda hanya perlu menulis slogan je. Slogan paling kreatif akan dapat baju T eksklusif seperti yang tertera kat atas ini. Lawa ke tidhoook? Budiey suka kesemua design baju T ni dan kalau boleh mahu menggayakan kesemuanya.
9 penyertaan yang paling kreatif akan memenangi Baju T Eksklusif NEONATE CLOTHING ini.
Bagaimana cara untuk menyertai peraduan ini? Sila ikuti arahan seperti di bawah :
1) Perkara yang wajib ialah, anda perlu FOLLOW Instagram NEONATE CLOTHING & KARL SHAFEK di Instagram.
2) Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya ingin memiliki baju T NEONATE CLOTHING dan menonton The Hobbit bersama Karl Shafek kerana…. #PremiereWithBudiey #TheHobbit (tidak lebih daripada 30 patah perkataan).
3) Selepas hantar slogan melalui emel, perkara terakhir yang anda perlu buat ialah, anda perlu siarkan slogan ini di Instagram bersama gambar anda dengan gaya yang paling STYLO. Jangan lupa untuk tag @budiey @karlshafek dan @neonate_clothing
3) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Disember 2014.
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Menang Baju T Eksklusif NEONATE CLOTHING
Tarikh tutup peraduan:
15 Disember 2014
SYARAT & PERATURAN:
- Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
- Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
- Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
- Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
- Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
- Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
- Keputusan juri adalah muktamad.
- Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
- Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
- Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada NEONATE CLOTHING & KARL SHAFEK kerana sudi memberi hadiah ini kepada pembaca Budiey.com.
Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jom ikuti temubual eksklusif Budiey Bersama Wings, klik SINI.