Nama pelakon Korea, Kang So Ra menjadi topik perbualan hangat para peminatnya ketika dia tampil dengan busana seksi menghadiri Mnet Asian Music Awards 2014 (MAMA 2014) yang berlangsung di Asia World Expo Arena, Hong Kong pada 3 Disember lalu. Ramai yang tak sangka gaun berenda warna biru yang dikenakan oleh Kang So Ra adalah dari butik H&M. Budiey pun ingatkan baju ini direka oleh pereka fesyen terkenal. Nampak sangat mahal apabila melekat di tubuh gebu Kang So Ra.
“Gaun tersebut sebenarnya berharga kurang lebih 38.000 won? 39.000 won? Tetapi bila Kang So Ra yang memakainya, gaun tersebut terlihat sangat mahal. Bagaimanapun gaun itu kelihatan sangat cantik tak kiralah berapapun harganya.”
Selain gaun yang dikenakannya, kemampuan Kang So Ra saat menyapa peminat dalam bahasa Mandarin, Inggeris, Jepun, dan Korea, mengejutkan sekalian peminatnya. Ini membuatkan pelakon popular ini menerima pujian kerana nampak ramah mesra untuk menyapa para penonton yang menonton dari seluruh negara.
Soompi melaporkan perdebatan berlaku dikalangan peminatnya apabila So Ra dikatakan tampil dengan busana yang hanya berharga $40,000 Won Korea atau RM100 di acara karpet merah.
Aktres itu menerusi syarikat pengurusannya bagaimanapun tidak menafikan gaun pendek berwarna biru tua itu dibeli dengan harga murah dan tidak melihat ia sebagai satu masalah besar.
“Benar pakaian itu hanya $40,000 Korea Won sahaja dan soal harga bukan menjadi ukuran untuk So Ra memakai gaun tersebut,” kata wakil syarikat itu.
Malah kata wakil itu lagi, perunding imej So Ra sendiri memilih pakaian berkenaan dan pelakon itu bersetuju untuk menggayakannya pada acara MAMA 2014 kerana ia cantik dan sesuai dengan gayanya.
“So Ra percaya dengan citarasa perunding imejnya dan tidak pernah mempersoalkan tentang harga sesuatu pakaian tersebut,” katanya lagi.
Jom tengok video kat atas ni, video Kang So Ra mengumumkan pemenang penghargaan artis pelakon dan wanita terbaik “MAMA 2014”, dengan mengenakan gaun berenda biru yang cantik berikut ini: