in ,

Peraduan Menangi Pass Anugerah Industri Muzik 21

Salam kepada semua Budieyators dan pembaca setia Sensasi Selebriti – Budiey.com,

Anugerah Industri Muzik ke-21 akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 6 Disember 2014 bermula dengan siaran secara langsung acara ‘Karpet Glamor AIM 21‘ pada pukul 8:30 malam disusuli siaran langsung majlis penyampaian anugerah AIM 21 pada pukul 9:00 malam secara eksklusif di Astro RIA (Saluran 104) serta siaran serentak di Maya HD (Saluran 135). Dihoskan oleh Zizan Razak bergandingan bersama Faizal Ismail, pastinya AIM21 menjanjikan sesuatu yang menghiburkan buat penonton.

Anugerah Industri Muzik 20

[pullquote align=”right”]Anda akan dihiburkan dengan persembahan hebat dari vokal mantap Fakhrul Razi, Azmarul dan ramai lagi, Budiey kira AIM21 kali ini pasti akan menghiburkan penonton.[/pullquote]

Sejumlah 85 nama dalam 17 kategori anugerah telah diumumkan sebagai calon akhir untuk edisi ke-21 Anugerah Industri Muzik (AIM), majlis anugerah terutama Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Dato’ Siti Nurhaliza yang mendahului senarai dengan 8 pencalonan membuktikan bahawa biduanita itu masih mampu menarik perhatian panel juri selepas bertahun-tahun berkerjaya dalam industri muzik; diikuti oleh penyanyi rap Joe Flizzow dengan 6 pencalonan termasuk 2 pencalonan untuk kolaborasi beliau bersama kumpulan Sleeq, dan Shila Amzah yang mengutip 4 pencalonan.

Senarai calon akhir tersebut menampilkan gabungan menarik nama-nama besar yang disegani dan juga pendatang baru dalam industri muzik negara dalam pelbagai genre muzik yang diterbitkan. Antaranya, Poova dan The Venopian Solitude, dua nama yang agak kurang dikenali ramai tetapi masih mampu meraih 3 pencalonan setiap seorang selepas Shila Amzah, menjadikan mereka antara yang teratas di dalam senarai.

“Penerimaan lebih daripada 670 pencalonan untuk AIM tahun ini adalah amat menggalakkan jika dibandingkan pencalonan sebanyak 564 dan 465 yang diterima masing-masing untuk AIM 20 dan AIM 19. Ini bermakna industri kita telah menerbitkan semakin banyak hasil karya berkualiti yang dianggap layak untuk dicalonkan ke dalam majlis penganugerahan setaraf ini,” kata Rosmin Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM.

Beliau menambah, “Kami juga gembira melihat senarai pencalonan tahun ini yang menunjukkan kepelbagaian dan kerancakan komuniti muzik negara dan meyakinkan kami bahawa anugerah yang berasaskan pengiktirafan penggiat muzik ini benar-benar tertumpu kepada penelitian kualiti hasil karya dan tidak dipengaruhi oleh populariti atau kedudukan seseorang penggiat itu di pasaran. Untuk itu, kami amat menghargai usaha dan masa yang telah dicurahkan oleh Panel Juri AIM 21 untuk menilai karya terbaik dan terkini yang layak untuk menerima pengiktirafan tertinggi.”

Sejumlah 671 pencalonan awal telah diterima untuk AIM 21 dari ahli-ahli RIM yang terdiri dari syarikat- syarikat rakaman dan pengedar muzik untuk lagu-lagu dan album yang diterbitkan dalam 12 bulan tempoh kelayakan iaitu dari 1 Julai 2013 – 30 Jun 2014.

[pullquote]Proses penghakiman telah diuruskan oleh Pengendali Penghakiman Rasmi RIM, Macomm Management Services dan diaudit oleh salah sebuah syarikat audit terkemuka dunia yang tersenarai dalam ‘Big Four’ iaitu KPMG Malaysia yang kini telah pun memberi khidmat kepada RIM sebagai juruaudit AIM selama tiga tahun berturut-turut.[/pullquote]

Kategori ‘Rakaman Album Terbaik’ merupakan kategori anugerah yang pertama dinilai pada 21 Ogos di Hotel Istana, hotel rasmi AIM dengan kebanyakan kategori lain diadili pada 28 Ogos di tempat yang sama. Kategori selebihnya termasuk untuk ‘Lagu Terbaik’ dan ‘Album Terbaik’ adalah lima kategori akhir yang diadili di hotel sama pada 23hb. September.

Panel juri AIM 21 yang diketuai oleh komposer dan penerbit ternama yang juga penerima Anugerah Sri Wirama sebelum ini, Dato’ Adnan Abu Hassan sebagai Ketua Juri, terdiri dari mereka yang aktif dan disegani dalam industri muzik tempatan seperti Acis, Aubrey Suwito, Greg Henderson, Helen Yap, Joe Wings, Loque, LY, Sharon Paul, Taja dan ramai lagi.

Dari 5 calon akhir untuk setiap kategori yang diumumkan, hanya 1 pemenang akan dipilih untuk menerima trofi pewter AIM yang berbentuk mikrofon dalam majlis penganugerahan pada bulan Disember; sebuah penghargaan yang didamba oleh kebanyakan komposer, penyanyi dan penggiat yang aktif dalam dunia seni muzik tempatan.

Sempena anugerah tahun ini seperti yang dilakukan tahun lalu, sebuah album kompilasi Calon AIM 21 yang mengandungi 18 buah lagu daripada senarai calon akhir juga akan diterbitkan. Maklumat lanjut mengenai album ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, “Sebagai Penyiar Rasmi tahun demi tahun, Astro turut berbesar hati dapat memainkan peranannya dalam mengiktiraf dan memartabatkan karya muzik Malaysia. Inilah sebahagian komitmen Astro dalam mendokong usaha pelbagai pihak menyediakan pentas yang mengumpul para penggiat industri dalam suasana kompetitif serta setiakawan, semuanya demi pembangunan seni. Bersama-sama Radio Rasmi iaitu ERA fm, kami menyusun rapi rangka promosi yang bakal dikeudarakan di platform-platform kami agar rakyat Malaysia akan turut bersemangat mengikuti acara ini dan meraikan insan-insan seni terbaik tanah air.”

Anugerah Industri Muzik ke-21 akan disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 6 Disember 2014 serentak di Astro RIA (Saluran 104) dan Maya HD (Saluran 135) dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 malam. Majlis tersebut akan didahului acara ‘Karpet Glamor AIM 21’ yang menampilkan perjalanan artis dan selebriti yang menyusuri karpet merah dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam sejurus sebelum majlis penyampaian anugerah.

Majlis anugerah muzik ini disokong oleh Astro sebagai Penyiar Rasmi; ERA fm sebagai Radio Rasmi; KPMG sebagai Juruaudit Rasmi; Macomm Management Services sebagai Pengendali Penghakiman dan Hotel Istana Kuala Lumpur sebagai Hotel Rasmi.

Pastinya ramai pembaca tengah tercari-cari tiket untuk menonton secara live kan?

AIM21

Menangi Pass Anugerah Industri Muzik 21

[dropcap]K[/dropcap]epada pembaca yang mahu menonton secara live di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Budiey ingin memberikan kepada anda 50 keping pass menonton AIM21 secara live kepada 25 orang pembaca (setiap pembaca yang menang dapat 2 keping tiket).

Ingat hashtag ini: #AIM21

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu dapatkan pass anda boleh juga komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE sekali Facebook ini: www.facebook.com/Anugerah.Industri.Muzik.Official

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #AIM21. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #AIM21 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Sila emelkan slogan anda itu:

Slogan: Saya mahu hadir di #AIM21 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jangan lupa sertakan jawapan yang betul untuk soalan di bawah:

Soalan 1:
2. Sebutkan 2 orang pengacara AIM21?

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu menonton Anugerah Industri Muzik Ke-21 secara live kerana…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Pas Anugerah Industri Muzik 21

Tarikh tutup peraduan:
3 Disember 2014

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  4. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  5. Tiket perlu diambil dari Budiey sebelum jam 7 malam atau sebelum AIM21 berlangsung.
  6. Keputusan juri adalah muktamad.
  7. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Layari: www.aim.org.my

AIM21

AIM21

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk AC Mizal Duta Produk Audio SHURE

Betul Ke Mia Sara Hipokrit Dengan Puteri Balqis?