Semalam, pada jam 7.30 malam telah berlangsung satu showcase Nurul di Public TTDI, Plaza TTDI. Di showcase itu, Nurul telah membuat pengumuman yang dia sudah pun dilamar. Hehe… sorry, bukan dilamar untuk kahwin ya, tapi Nurul telah dilantik untuk menjadi duta pertama Glow & Glamour.
Tahniah Nurul!
Studio Glow and Glamour (G&G), sebuah pusat kecantikan yang semakin berkembang telah memilih artis rakaman terkenal yang juga merupakan seorang pengacara, pelakon dan penulis lirik Nurulhuda Binti Abd Wahab atau lebih dikenali sebagai Nurul sebagai duta jenamanya.
Ditubuhkan pada tahun 1998, Studio Glow and Glamour kini mempunyai lima buah rangkaian pusat kecantikan sekitar Lembah Kelang, menawarkan pakej lengkap rawatan kecantikan yang merangkumi rawatan pelangsingan badan, rawatan muka dan penjagaan payudara kepada para pelanggannya.
Jurucakap Studio Glow and Glamour menegaskan, “Pemilihan Nurul sebagai duta jenama kami adalah berlandaskan pada kegigihan dan semangat luar biasa Nurul dalam mencapai matlamat hidupnya selepas dilanda pelbagai peristiwa yang mengecewakan.”
“Nurul juga percaya semua yang berlaku adalah titik tolak penting dalam membentuk dirinya untuk menjadi individu yang lebih matang dalan kehidupan dan juga karier.”
Seorang artis yang mempunyai rekod cemerlang, Nurul telah merakamkan empat buah album solo dan empat buah album duet sejak awal pembabitannya di tahun 1995. Nurul turut menerima tiga Cakera Emas bagi penjualan albumnya yang memberangsangkan. Kejayaan Nurul terus diiktiraf apabila beliau memenangi kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996, Lagu Terbaik AIM (bagi tahun 1999 dan 2004) dan juga Juara Kategori Pop Rock di Anugerah Juara Lagu 2003.
Budiey juga turut menjemput 50 orang pembaca untuk hadir di event ni, tapi malangnya tak ramai yang nak datang. Mungkin pada hari bekerja ni korang sibuk dan jalan pun jammed kan. Tapi tak pe. Harap korang dapat singgahlah mana-mana pusat spa G&G ni untuk tampil cantik seperti Nurul.
Nurul mula manjadi pelanggan Studio Glow and Glamour Studio selepas beliau inginkan satu transformasi bagi penampilan dirinya bagi membantunya untuk bangkit dari pengalaman pahit yang dilaluinya.
“Saya memilih Glow & Glamour Studio kerana ianya menawarkan rawatan yang istimewa dan ekslusif bagi setiap pelanggannya bergantung pada keperluan individu itu sendiri,” ujar wanita berusia 31-tahun ini.
“Saya percaya tiada had umur tertentu untuk melakukan transformasi imej. Apa yang penting adalah disiplin. Dengan nasihat dari pakar dan rawatan yang saya terima dari Glow & Glamour, saya berjaya mencapai impian saya”
Beliau menambah , “Dengan transformasi ini, ia bukan sahaja memberikan saya imej baru malah ianya menjadikan saya lebih yakin, berketrampilan dan membuka lebih banyak peluang untuk memajukan karier seni.”
Jurucakap Glow & Glamour berkata pemilihan Nurul sebagai duta jenamanya bertepatan dengan usaha penjenamaan semula syarikat tersebut sebagai sebuah pusat kecantikan dan pelangsingan badan professional dan membantu merealisasikan kemunculan semula Nurul sebagai bintang dalam industri.
“Bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh Glow & Glamour sebagai duta jenama mereka, saya berharap dapat berkongsi pengalaman dan kenyakinan dengan orang ramai. Glow & Glamour bagaikan seorang rakan yang menjaga kesihatan dan tubuh badan saya. Terima kasih G & G,” tambah Nurul.
Untuk maklumat lanjut, layari www.glow&glamour.com.my
p/s: Pssttt, gosip jap. Dengar citer, Nurul baru je putus cinta dengan sorang Mat Salleh… mmm tapi tak pelah, kalau benar Nurul hilang kekasih, nampaknya tawaran lumayan dari G&G yang menggembirakan ini kiranya dapat merawat luka yang terpendam. Semoga Nurul terus sukses!