in

Menangi Kamera Digital Di Roadshow Kalau Keju Mesti Kraft

Sekarang macam-macam masakan kita boleh rasa dan nikmati. Yelah, rakyat Malaysia kan semuanya kreatif-kreatif semuanya. Semua ada bakat nak jadi chef.

Apa yang pasti, yang enak bertambah enak bila ada idea untuk menggabungkan citarasa moden dengan tradisional.

First, Budiey nak tanya ni, pernah tak anda dengar Roti Kraft dan Burger Kraft?

Ha, ini Budiey nak sarankan korang add dulu Fanpage untuk KALAU KEJU MESTI KRAFT atau layari juga kalaukejumestikraft.com untuk mengetahui lebih lanjut pasal dua resepi ni.

Satu contoh kreativiti masakan orang kita ialah… ROTI KRAFT.

Roti Kraft tu adalah kombinasi dari Keju Kraft dan digabungkan dengan roti canai biasa. Apabila roti canai diletakkan dengan keju. Apa rasa?

Agak-agaknya, macamana rasa bila roti canai digabungkan dengan keju? Mmm… mesti best kan?

Budiey gerenti, ramai yang dah rasa kesedapan apabila burger diletakkan sekeping keju! Pergh! Baru mantap!

Pada 4 Disember lalu, jam 8 malam, bertempat di Restoran Alam Maju di Kota Damansara telah diadakan satu roadshow untuk Kalau Keju Mesti Kraft. Budiey pun ikut serta jugak. Saje je nak support Keju Kraft ni. Lagi pun dapat makan roti canai free, sape tak nak!

Nampak cam best ni… apa yang beza dengan roti canai biasa ialah kat dalam tu diletakkan keju!

Budiey dapat tahu pasal Roadshow ini di Facebook Kalau Keju Mesti Kraft. Jadi, terus je bergegas ke sana selepas kerja. Katanya, kepada yang datang dan memberikan password “KALAU KEJU MESTI KRAFT, KASI SATU ROTI/ BURGER KRAFT”, akan merasai Roti atau Burger Kraft dengan PERCUMA!

Dan yang paling BEST nye… kepada yang datang tu, peluang terbuka dengan lebih luas untuk mereka memenangi sebuah kamera digital Samsung L100 dengan menyertai pertandingan memakan roti canai. Siapa makan roti canai paling banyak dia akan menang. Huhu… happening giler!

Mana tahu, satu hari nanti, roadshow akan dibuat di lokasi berhampiran dengan korang. Jangan segan-segan nak join sebab event ni adalah untuk semua orang.

Budiey dah rasa roti canai berkeju tu… sedaplah! Yummy! Yummy! Tak caya, tanyalah diorang ni!

Budiey, kalau bab-bab pertandingan makan-makan memang surrender la.

Tapi masa ni memang syiok sebab dapat tengok macam-macam aksi mereka ni makan dengan cepat untuk menghabiskan kesemua roti canai yang diberikan.

Nah! Ambik, mampukah korang habiskan ini dalam masa 3 minit?

Krew sedang bersiap sedia untuk memulakan pertandingan.

Yea, semuanya get ready… makan jangan tak makan!

Fuhyoooo… jangan tercekik sudah lah.

Kalau tercekik, cepat-cepat minum air. Tu je tips yang Budiey boleh kasi.

Nasib baik ada air, kalau tak… mmm… sendiri mahu ingat la. Tapi yang penting, roti canai tu best. Telan satu, nak satu lagi Roti Kraft!

Di samping have fun, kami dapat berkenalan mencari kawan baru… yang punya citarasa yang sama… suka makan roti Kraft!

Dan ini dia pemenangnya. Tahniah, bro! Bertuah badan dapat kamera digital.

Kepada pembaca yang mahu sertai roadshow ini, jangan lupa layari Facebook – KalauKejuMestiKraft atau Twitter – kkmKraft atau layari: www.kalaukejumestikraft.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wajah-Wajah Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah Skrin 2009

7 Filem Animasi Menghiburkan di RTM