Ai, canggihnya wartawan zaman sekarang. Temuramah pun guna laptop. Kaedah yang paling efisien katanya. Terus taip di notepad kemudian terus publish. Selesai kerjanya. Tapi jangan lupa publish kat blog sekali ya, Joe. Kata Joe, wajib serta harus!
Dalam kajian saya, wartawan menggunakan 4 cara untuk merakam temubual mereka, iaitu:
1. Dengan menggunakan perakam suara.
2. Dengan menggunakan telefon bimbit.
3. Dengan menggunakan pen dan kertas. Ini cara yang lazim kita tengok.
4. Dengan menggunakan pemetaan minda dan hafal dalam otak. Kalau ingat-ingatlah, kalau lupa tu, nasib ah!
5. …. (apa lagi ek?)
Kebanyakan penulis blog menggunakan kaedah yang ke-4. Ini memandangkan mereka segan untuk menulis dan merakam sebagaimana yang dibuat oleh wartawan.
Saya bukanlah seperti wartawan yang mendapat gaji melalui penulisan dan tidak diberi peluang untuk menemuramah selebriti secara eksklusif. Menulis sekadar suka-suka dan memenuhi masa terluang. Walaupun perkataan blogger itu dianggap ‘kotor’ oleh sesetengah pihak, namun saya jadikan ini sebagai satu cabaran. Jijik sangatkah menjadi seorang penulis blog?
Sebenarnya, saya mulanya diajak oleh Klubbkidd tapi akhirnya pergi dengan orang lain. Memandangkan inilah kali pertama berada di lokasi pengambaran, jadi tak tahu nak buat apa sebenarnya. Cuma pandai ambil gambar sahaja kerjanya.
Apa yang penting ialah filem kita perlu dipromosi dalam pelbagai bentuk mengikut aliran semasa yang kini begitu laju seiring dengan masa. Kerjasama dari penonton juga dalam memberi komen membina amat penting bagi memantapkan lagi filem-filem buatan Malaysia.
Diberi peluang untuk menemuramah serta beramah mesra dengan pelakon filem Malaikat Maut iaitu Que Haidar, Awal Ashaari, Nana Era (yang dah jadi artis Alamorphosis) dan Sherry (pelakon Dunia Baru yang meletops!), satu peluang yang cukup baik.
Pengalaman di sini, memberikan gambaran pada saya bukan senang untuk menghasilkan sebuah filem yang benar-benar bermutu. Apa yang kita tonton di panggung, tidak semudah dengan apa yang dilalui oleh para petugas di belakang tabir. Sebuah filem yang bermutu terhasil daripada kepakaran yang mantap, perancangan rapi dan komitmen yang terlalu tinggi dari krew, pengarah dan pelakon.
Kalau tengok dari jauh… dengan kren dan kereta proton wira yang dikerumuni oleh orang yang ramai lagaknya seperti ada kemalangan yang berlaku.
Lokasi pengambaran di buat di Bandar Baru Sentul. Berhampiran dengan teratak buruk saya.
Idea untuk filem Malaikat Maut ini dirancang selepas selesai pengambaran filem Syaitan – Bade Hj Azmi
DARI SUDUT SOLEKAN & TATARIAS
Menurut jurusolek ini, mereka berdua telah diberi beberapa rakaman video dan beberapa foto oleh pengarah untuk merealisasikan gaya sebenar solekan dan tatarias bagi seorang yang mengamalkan budaya black metal.
Kejayaan sebenar bagi seorang jurusolek berdasarkan sejauh mana beliau dapat menukarkan atau ‘revamp’ imej pelakon itu dari imejnya yang sebenar. Sekiranya penonton masih nampak sama dan tidak ada perbezaan dengan imej atau watak pelakon sebelum ini, maknanya jurusolek gagal menjalankan tugasnya dengan baik.
Tetapi sekali tengok macam ‘sesuatuh’ je bila Que Haidar disolek sebegini rupa. Awal pun sama juga. Macam mamat yang sedang drag?. Sebenarnya kalau nak dikira, solekan sebenar bagi budak black metal lagi teruk daripada yang anda lihat ini. Muka diconteng dan dicalit dengan warna hitam juga pakaian yang pelik-pelik.
Harapan saya, perkara-perkara yang negatif seperti ini tidak ditiru oleh anda yang berada di luar sana.
Saya sempat bertanya kepada Que Haidar, tidak takutkah nanti bila disergah dan ditanya oleh masyarakat, filem Malaikat Maut seperti ingin memperkenalkan budaya black metal kepada muda mudi? Jawapan Que ringkas sahaja. “Sebenarnya, saya sudah lama bersedia untuk menjawab soalan itu.
Soalan macam ni pastinya akan ditanya. Memang tak boleh lari. Ini kerana filem ini sendiri berkait rapat dengan isu dan masalah sosial. Apa sahaja masalah masyarakat yang dipaparkan di layar perak pasti ada kesannya kepada masyarakat itu sendiri.
Anggaplah filem ini sebagai satu dokumentari khas yang mengorek segala isu-isu gelap yang terselindung dalam jiwa remaja. Menyingkap sebalik tabir gelap malammu… Aik, macam Di Sebalik Malam la pulok!
Cerita ini tidak hanya fokus kepada budaya black metal semata-mata. Filem ini akan menceritakan kesan buruk budaya black metal. Apabila masyarakat tonton, diharap kesan buruk ini dapat menakutkan remaja agar menjauhi budaya ini. Lagi pun, ada banyak lagi pengajaran dan teladan yang dapat diambil.
Filem ini bukannya semata-mata membawa kisah black metal, malah saya rasa filem ini akan mengutamakan pendidikan dan pengajaran kepada remaja agar menjauhi budaya ‘busuk’ seperti black metal.
Sampai di sini sahaja untuk Part 1. Nantikan entri seterusnya dalam Part 2 yang akan membicarakan sinopsis dan info-info tentang filem Malaikat Maut. Juga tidak lupa, foto-foto menarik Que, Nana dan Awal sepanjang penggambaran.
Saya Budiey Isma Alifi melaporkan untuk blog SENSASI SELEBRITI… layaaaaan! (meminjam trademark Farah Fauzana sambil menghayunkan tangan ke depan…)
*Beberapa kekecohan telah berlaku dalam hidup saya kebelakangan ini… Nak tak nak, saya terpaksa menerima dan menghadapi dengan hati yang jiwa yang kental.