in

DIY Untuk PROTECT Notebook & Peraduan Love Tweaks Zurich Malaysia

Budiey sejenis blogger yang sangat penyayang orangnya. Bukan sahaja sayang kat kawan-kawan dan keluarga (eh dah tentulah kan?) tapi sayang kat diri sendiri, tu yang penting. Ye lah, bak kata orang, sebelum kita sayang kat orang lain dan sayang harta benda, kita kena sayang kat diri sendiri dulu, ye dok?

Itu yang pentingnya perlindungan insuran untuk melindungi segala apa yang kita sayang. Betul tak? Contohnya, Zurich antara skim yang terbaik. Haa, tetiba kan cakap pasal insuran ni… apa kes? Eh, jangan risau, Budiey bukannya wakil jual insuran ke apa ke? Tapi Budiey sengaja nak kaitkan benda yang kita sayang dengan perlindungan. Setiap benda yang kita sayang dah tentu perlukan perlindungan yang sepatutnya, betul tak?

Kalau tanya Budiey, apa yang Budiey sayang sangat… dah tentu jawapan Budiey ialah notebook atau laptop.

Ye lah, kalau takde notebook, nak buat kerja macamana. Satu-satunya gajet yang sangat penting dalam kehidupan seorang blogger. Kalau tak macamana nak menulis blog, ye dok? Kalau diberi pilihan samada nak pilih notebook atau telefon bimbit… Budiey akan pilih notebook. Sah-sahla kan?

Tapi satu je, kadang-kadang Budiey tiada masa nak jaga notebook neh. Sibuk sangat kot.

Pernah sekali laptop Budiey tertumpah air ke atas keyboard. Habis punah ranah semua tak boleh pakai. Blurp! Telan air liur tengok bil masa repair balik. Hambek! Siapa suruh tak jaga betul-betul.

Pernah sekali laptop Budiey jatuh gara-gara terlepas dari tangan. Masa jatuh ke simen tu, Tuhan sahaja yang tahu macamana retaknya hati ni bila tengok skrin pecah. Dush!

Pernah sekali laptop Budiey calar balar sebab kena cakar kucing kat rumah kawan. Aduyai. Nasib badanlah. Cuai sangat.

Selepas tragedi ni semua berlaku, barulah Budiey insaf dan sedar, hidup kita sebenarnya perlukan perlindungan. Kalau notebook sekecil tu pun perlukan perlindungan dan jagaan apatah lagi kita manusia yang sentiasa terdedah dengan bahaya nih. Kena beringat-ingat, okay?

Okay cakap, pasal notebook ni, memang kena ada perlindungan juga. Nak tak nak, Budiey kena lakukan sesuatu untuk menjadikan laptop ni lebih selamat semasa kat luar. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Bila dah rosak, tiada gunanya. Nangis tak berlagu la jawabnya.

Terutama semasa Budiey bawa notebook untuk bekerja di luar rumah. Apabila bawa keluar rumah, sudah tentu terdedah dengan apa sahaja. Boleh jadi notebook jatuh ke, terkena air ke dan macam-macam lagi lah. Kita tak tahu apa akan berlaku kat luar sana.

Okay, sekarang ni, Zurich Insurance ada melancarkan kempen Love Tweaks. Korang boleh usha di Facebook Zurich Insurance Malaysia

DIY Untuk PROTECT Notebook & Love Tweaks Zurich Malaysia

Mesti korang tertanya-tanya apa itu Love Tweaks kan? Kalau selalu usha Instagram Diana Danielle, dah tentu ada yang tahu. Love Tweaks ni penyelesaian DIY (Do It Yourself) untuk melindungi apa sahaja benda yang kita sayang.

Bila dah tengok Zurich Malaysia ni melancarkan kempen ni, sikit sebanyak memberi ilham dan idea kepada Budiey untuk buat sesuatu yang dapat melindungi laptop Budiey tadi.

DIY Untuk PROTECT Notebook & Love Tweaks Zurich Malaysia

Nah, mudah je untuk melindungi notebook supaya tidak terkena air dan terjatuh. Dengan hanya menggunakan benda terpakai seperti kotak pizza ni, Budiey buat satu laptop stand. Daripada buang kotak pizza tu, baik Budiey buat benda yang berfaedah sikit.

Okay, mudah je, tak sampai 10 minit dah siap!

1.
DIY Untuk PROTECT Notebook & Love Tweaks Zurich Malaysia

2.
DIY Untuk PROTECT Notebook & Love Tweaks Zurich Malaysia

3.
DIY Untuk PROTECT Notebook & Love Tweaks Zurich Malaysia

4.
DIY Untuk PROTECT Notebook & Love Tweaks Zurich Malaysia

Oh, terima kasih Zurich sebab bagi inspirasi untuk Budiey selesaikan masalah. Sekurang-kurangnya, sekarang Budiey tahu menghargai segala barang dan benda milik kita. Memang kita tak rasa kehilangan sebab benda tu masih elok depan mata. Apabila dah rosak dan hilang dari mata, barulah kita tahu, benda tu cukup bernilai.

Oh ya, sambil tu, Budiey berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan bernilai RM3,000. Fuh, banyak tu! Memang best kempen ni sebab selain beri idea macamana nak jaga barang milik kita, disediakan pula peluang keemasan macam ni. Siapa tak nak kan?

Jadi, apa barang yang paling korang rasa sayang? Dan, sudahkah korang fikir macamana nak melindungi barang tu?

Budiey dah pun hantar satu penyertaan, jadi anda bila lagi? Ayuh! Cepat!

zurich

Cara Untuk Join Contest Love Tweaks dari Zurich:

Oh, senang je beb. Budiey senaraikan tiga perkara penting:

1. Pilihlah salah satu benda yang korang rasa sayang.
2. Cuba fikir DIY untuk melindungi benda kesayangan anda tu.
3. Hantarkan Love Tweaks di Facebook Zurich.

Ohooo… mudahkan? Jadi, dah ada untuk Love Tweaks korang pula?

Ingat, anda boleh menang RM3,000. Banyak barang boleh beli dengan wang sebanyak itu tau. Cepat, hantar sebab minggu ni bak kata Diana Danielle adalah minggu terakhir.

Tunggu apa lagi, nah layari dan LIKE:  www.facebook.com/ZurichInsuranceMalaysia

Good luck! Selamat mencuba!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Primeworks Studios Lancar Katalog Asian Stories for the World

Kilauanmu Inspirasiku Dalam Forum Perdana Ehwal Islam