GELANGGANG pertandingan nyanyian Bintang Idola Berita Harian (BIBH) sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 sememangnya memberi rahmat kepada pembaca akhbar ini hinggakan peluang mereka menyertai pertandingan itu membuahkan hasil yang tidak disangka.
Album ‘Bintang IDOLA’ akan diriliskan pada bulan Disember 2009 ini. Album ini menggabungkan Finalis ‘Bintang IDOLA’ sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Antaranya ialah NAZATUL, FARLYANA, SYAZWANIE, NURLIDA, SYAH’Z, IRWANT & ZAKI.
Album ini diterbitkan oleh JULFEKAR. Terbitan MillenniumArt Sdn.Bhd dan diedarkan oleh FMC Music.
Kata Julfekar:
“Kami sebagai sebahagian daripada industri perlu memikirkan strategi pemasaran jangka panjang yang semasa memandangkan suasana industri yang sudah merudum. Kita perlu ada inisiatif mencari dan membuka peluang bagi bakat baru untuk menyerlah dalam seni muzik. Kebetulan menerusi ABPBH 2008, BIBH dilihat sebagai platform yang terbaik untuk mereka menjadi artis rakaman. Sekurang-kurangnya bakat mereka dibela dan ada kesinambungan, tidak sekadar melepas batuk di tangga.”