Selain itu, Gwen Stefani berjanji akan mengenakan kostum dan pakaian yang lebih sopan dari apa yang dia pakai ketika konsert tournya di Singapura minggu lalu. Konsert yang dianjurkan oleh Maxis ini pernah dibantah oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan pertubuhan-pertubuhan NGO lain yang atas sebab imej dan keseksian yang ditampilkan oleh vokalis asal No Doubt itu.
Apakah mereka yang membantah ini akan bermogok di luar kawasan stadium? Diharap tidaklah ya.
Before that, check out the new commercial for Gwen Stefani’s new perfume “L” by L.A.M.B.
Hotness!
“Penganjuran konsert sebegini akan mengakibatkan terhakisnya budaya intelektual di kalangan belia dan remaja, dan kehidupan mereka lebih terarah kepada hiburan semata-mata. Jangan biarkan budaya hedonisme ini meresap masuk ke dalam jiwa anak-anak muda seterusnya membunuh jatidiri mereka sendiri,”
Bagaimanapun, Maxis berkata, pihaknya menghormati nilai dan adat resam di negara ini. Pengurus Besar Persembahan dan Penyelidikan Media Maxis, Rozalita Abdul Rahman berkata, pihaknya akan mematuhi peraturan dan garis panduan sama ada di segi pakaian ataupun aspek keselamatan semasa konsert itu diadakan.
Mungkinkah Gwen Stefani akan memakai pakaian tertutup ala baju kurung sebagaimana yang dipakai oleh Agnes Monica di konsertnya di Stadium Negara tidak lama dulu?