in

Gossip Pengacara Besar Kepala

Baru-baru ini Cik Andalusia menghadiri satu majlis rumah terbuka yang turut dihadiri oleh rakan-rakan wartawan lain. Sambil menjamu selera, Cik Andalusia dan rakan-rakan sempat berbual-bual perihal artis tanahair yang sememangnya tidak luak dengan gosip.

Satu kisah yang ingin Cik Andalusia kongsikan ialah tentang seorang pengacara wanita ini. Pengacara yang bertugas di sebuah stesen televisyen swasta ini masih baru sangat dalam bidang pengacaraan, tetapi sudah ‘besar kepala’ sehingga sanggup menipu pihak pengurusan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pengacara yang pernah digosipkan dengan seorang pelakon itu dikatakan ‘besar kepala’ kerana sudah tidak mahu mengendalikan segmen yang pernah dikendalikan olehnya sebelum dia bergelar pengacara.

Dalam satu insiden baru-baru ini, dia tidak menghadirkan diri dalam satu program yang telah diaturkan bersama peminat-peminat stesen televisyen itu. Apabila dihubungi melalui telefon, dia memberikan alasan ada urusan keluarga yang tidak boleh dielakkan. Hendak dijadikan cerita, dalam masa yang sama, ada rakan sepejabat terserempak dengannya sedang melepak di sebuah kedai makan. Itu ke urusan keluarga yang dimaksudkan?

Cik Andalusia pun tidak faham dengan pengacara wanita ini. Ini bukan pertama kali cerita negatif tentangnya sampai ke telinga Cik Andalusia, tetapi sudah berkali-kali. Kalau beginilah caranya, pasti kariernya tidak akan ke mana-mana. Yelah, lama-kelamaan, pasti orang akan meluat dan malas hendak melayan kerenahnya itu. Sepatutnya, pengacara ini perlu buktikan kemampuan dirinya bukan keburukkan dirinya! [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sazzy dan Dira Bergaduh?

Faizal Tahir Sakit Lung Infection?