in

Video CEO & Selebriti Menjayakan IceBucketChallenge

Sudahkah anda menyaksikan video CEO antarabangsa dan selebriti terkenal melaksanakan ALS #IceBucketChallenge, yang kini sedang hangat disebarkan di internet?

Seluruh pasukan Hotlink di Maxis merupakan pasukan korporat Malaysia yang pertama untuk menyertai inisiatif ini, sebagai tindak balas kepada cabaran yang dikemukakan oleh laman web berita tempatan Cilisos.my.

MAXIS

Dengan harapan usaha ini akan tersebar ke seluruh negara, Sulin Lau, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis, seterusnya mencabar tiga pasukan Malaysia yang lain dalam arena internet tempatan – Cheryl Goh dan pasukan myTeksi, Khailee Ng dari Catcha.com dan @melakaboy yang menguruskan personaliti media sosial terkemuka. Untuk menyaksikan video #IceBucketChallenge Hotlink, sila klik sini.

PASUKAN #HOTLINK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM #ICEBUCKETCHALLENGE, MENGGESA FIRMA INTERNET LAIN UNTUK TURUT SERTA.

#IceBucketChallenge bermula sebagai satu cara untuk mengutip derma dan memberi kesedaran mengenai usaha Persatuan ALS bagi penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS) dan setakat ini telah meningkat sumbangan orang ramai kepada usaha ini. Sebagai sebahagian daripada cabaran tersebut, para peserta disimbah dengan air sejuk berais dan seterusnya mencalonkan tiga lagi orang untuk mengambil bahagian dalam cabaran yang sama dalam tempoh 24 jam.

Sejak cabaran ini bermula kira-kira sebulan yang lalu, ia telah tersebar di media sosial di peringkat global dan rangkaian berita, dan telah mendapat manfaat daripada perhatian yang diperoleh oleh selebriti, atlet sukan terkenal, dan juga pegawai-pegawai eksekutif syarikat internet di Silicon Valley.

“#Hotlink adalah mengenai internet yang ‘sentiasa terhubung’. Kami benar-benar percaya bahawa satu idea yang hebat yang patut disebarkan adalah satu perkara yang sangat berkuasa untuk menunjukkan kuasa ‘sentiasa di web’. Kami mula melihat individu di Malaysia melibatkan diri dalam usaha ini beberapa hari yang lalu. Oleh itu, kami di Maxis sangat gembira kerana dapat peluang untuk mengambil bahagian sebagai sebuah syarikat untuk menyebarkan usaha ini di Malaysia,” kata Sulin Lau, sambil menjelaskan mengapa pasukan mengambil cabaran ini di Taman KLCC pada hari ini.

Mengenai Hotlink

#Hotlink adalah satu-satunya prabayar yang “memberi Internet Sentiasa Terhubung yang OHHSOME” dengan Chat Sosial Percuma yang Sentiasa Ada pada mana-mana aplikasi chat setiap hari, Pelayaran Internet Yang Sentiasa Pantas dengan rangkaian 4G yang terpantas dan paling luas dan semua aplikasi anda Sentiasa Terhubung dengan internet asas percuma tanpa melanggan pas Internet Mudah Alih.

Dengan #Hotlink, pelanggan tidak lagi akan terlepas perbualan chat, usaha-usaha penting atau trend viral – mereka akan sentiasa terhubung.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai #Hotlink, sila layari www.hotlink.com.my

Mengenai Maxis Berhad

Maxis Berhad adalah penyedia perkhidmatan komunikasi utama Malaysia, yang membolehkan para pelanggan untuk berhubung dan berkomunikasi bila-bila masa, di mana sahaja dan dari mana-mana peranti. 13 juta pelanggan memilih untuk bersama kami kerana kami menawarkan liputan terbaik, penyelesaian yang inovatif dan perkhidmatan yang cemerlang.

Jejak rangkaian berkelajuan tinggi kami adalah yang terbesar di negara ini – dan membolehkan setiap rakyat Malaysia untuk menikmati pelbagai perkhidmatan data kami seperti pelayaran Internet mudah alih, laman rangkaian sosial, memuat turun aplikasi dan juga portfolio penyelesaian bersepadu yang merangkumi mudah alih, tetap dan perusahaan. Ini adalah tambahan kepada perkhidmatan panggilan suara, teks dan mesej gambar kami.

Selain daripada menghubungkan orang ramai dengan perkhidmatan kami, kami berusaha dalam mewujudkan kesan yang positif kepada masyarakat di mana kami beroperasi. Usaha Tanggungjawab Korporat kami bertujuan untuk membangun dan memperkayakan masyarakat, pelanggan dan rakan niaga kami; mewujudkan sebuah tempat kerja yang hebat dan menyokong amalan mesra alam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sesi Uji Bakat Pencetus Ummah Musim Kedua

Alif Satar & Hani Pengacara Gameshow BAS PINTAR