Syukur alhamdulilah, Budiey baru sahaja mendapat berita tentang kelahiran anak sulung kepada selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Tahniah buat pasangan popular ini. Pasti ramai yang nak tengok gambar baby anak kepada Awal Ashaari dan Scha Alyahya kan? Mesti comel macam ibu dan bapanya. Melalui akaun Instagramnya, Awal Ashaari sebentar tadi mengumumkan yang anak pertama dari perkahwinannya dengan Scha Al-Yahya telah lahir semalam di Pusat Perubatan Prince Court.
Jika nak dikutkan, Scha sepatutnya melahirkan anak sulungnya ini pada 1 Syawal. Tapi ia berjaya dipercepatkan.
Assalamualaikum. Semalam, 22 Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan, kami telah menyambut kelahiran bayi perempuan seberat 3.17kg at 1750H. Baby & her mother are in a good shape. Alhamdulillah dan terima kasih diatas doa semua. #schawal #babyschawal #love
Menurutnya, keadaan ibu dan anak baik-baik saja. Peminat dah tak sabar nak tengok kecomelan wajah baby Schawal ni. Cepat-cepatlah letak dalam Instagram ya. Congrats sekali lagi Awal & Scha!