Bandung adalah salah satu kota paling popular di Indonesia bagi tujuan pelancongan. Berkat peninggalan alam semula jadi di kawasan tanah tinggi Jawa Barat yang kaya dengan kehijauan serta tempat-tempat menarik, kota ini bercuaca lebih dingin dari kawasan lain seperti Jakarta dan bandar-bandar tanah Jawa serta Sumatera yang lain. Ia sering menjadi persinggahan pelancong yang suka membeli-belah kerana Bandung memang terkenal dengan kedai-kedai outlet yang menjual pakaian berkualiti pada harga yang sangat murah.
Oleh itu, ia sering menjadi perhatian pengunjung Asia dan juga pelawat asing seluruh dunia. Apatah lagi ia di antara kota besar paling dekat dengan Jakarta yang hanya memerlukan sekitar dua jam perjalanan dengan menaiki kereta atau keretapi dari ibunegara Indonesia itu.
Dan sekiranya mencari tempat penginapan yang praktikal tapi masih menawarkan harga berpatutan, Ibis Hotel Bandung Trans Studio merupakan satu pilihan yang baik. ia merupakan antara dua hotel terdekat dengan taman tema permainan Trans Studio! Trans Studio yang mempunyai banyak tarikan permainan seperti di Disneyland dan Universal Studios sering menjadi kunjungan pelawat dalam dan luar negara Indonesia.
Untuk itu, hotel ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin ke sana.
Kesemua bilik di sini direka khas bagi menepati ciri-ciri pelancong masa kini. Hotel yang mempunyai 606 buah bilik ini merupakan Ibis terbesar di Asia dan mempunyai lokasi yang sangat strategik kerana bukan sahaja ia terletak di dalam kawasan taman permainan Trans Studio, ia juga terletak di kawasan utama kota Bandung yang tidak jauh dari pusat bandarnya. Selain itu hotel ini juga terletak sekitar 30 minit dari lapangan terbang Bandung dan sekitar 20 minit dari stesen keretapi Bandung.
Selain itu, kesemua bilik di hotel ini dilengkapi kemudahan terkini yang canggih seperti TV LCD dan kemudahan wi-fi. Seperti hotel-hotel besar yang lain, ia juga mempunyai banyak bilik bagi tujuan mengadakan mesyuarat serta seminar atau acara-acara lain.
Soal menjamu selera pula bukan masalah kerana terdapat restoran dan bar Oopen untuk para tamu menikmati pelbagai juadah tempatan dan antarabangsa. Jika tidak, pengunjung boleh juga memilih untuk makan atau membeli-belah di Trans Studio Mall, salah satu pusat membeli-belah tersohor kota Bandung yang berkongsi bangunan dengan taman tema Trans Studio sendiri. Terdapat pelbagai pilihan untuk seisi keluarga di situ.
Pendek kata, hotel ini mempunyai segala-galanya bagi mereka yang ingin bercuti dan bergembira bersama yang tersayang. Jadi pastikan ia menjadi salah satu hotel pilihan anda jika berwisata ke Bandung.
Ibis Hotel Bandung Trans Studio: Yang terdekat dan paling berpatutan
oleh Shah Shamshiri