in

Peraduan Melakar Pad Tali Pinggang Keledar TOYOTA

Kebelakangan ini trending pasal kemalangan jalan raya yang semakin menjadi-jadi. Tambahan pula, sekarang kan dah nak raya. Semua orang berlumba-lumba nak balik kampung sampai mereka terlupa untuk berhati-hati dan memandu dengan berhemah di jalan raya. Mungkin mereka terlupa, malang tak berbau. Apa-apa pun boleh berlaku, tak gitu?

Budiey kira, isu ni takkan pupus sampai bila-bila. Isu yang paling besar apabila ramai yang tak tahu nak guna tali pinggang keledar. Ramai yang mengambil mudah tentang betapa pentingnya menggunakan tali pinggang keledar ni, kan? Aish, susah sangat ke nak pakai ek? Budiey kira tak sampai seminit pun kan?

Itu tak termasuk lagi dengan isu buli samseng jalan raya melibatkan perempuan dan pakcik tua yang berlaku baru-baru ini. Ish, Budiey rasa sangat sedih tengok video viral tu kan.

Rasanya anda tahu apa yang Budiey maksudkan. Semua itu gara-gara pemandu yang cuai dan leka. Memandu kereta seperti jalan raya milik mereka sorang. Satu perkara, apabila pemandu terlupa atau buat-buat lupa untuk pakai tali pinggang keledar, kemalangan akan menjadi lebih teruk dan padah. Silap haribulan, pemandu akan terpelanting dan ini akan meragut nyawa pemandu. Nak salah kan siapa kalau bukan salah sendiri yang tidak berjaga-jaga dan memandang mudah tentang penggunaan tali pinggang keledar ni.

Kalau berlaku, sendiri mahu ingat lah. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian dah tak berguna.

toyota

Cakap pasal tali pinggang keledar ni… Toyota, pengeluar kereta terkenal menganjurkan satu peraduan yang sangat unik iaitu Seatbelt Art Contest. Sebelum ni, Budiey tak pernah dengar ada peraduan seni pad tali pinggang keledar semacam ni. Kalau nak tahu, Toyota memang cukup prihatin dengan isu keselamatan pemandu dan mementingkan keselamatan penggunanya.

Tak hairanlah kalau peraduan sebegini diadakan bagi menggalakkan pengguna agar peka dengan kegunaan seatbelt ni. Ini sekaliigus meningkatkan kesedaran kepada pengguna agar sentiasa beringat dan tertarik untuk menggunakan seatbelt. Tidak syak lagi peraduan ini adalah salah satu usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan ianya di bawah plan Kempen Keselamatan Jalan Raya ASIA yang dilancarkan pada bulan Mei 2014 yang lalu.

Mengikut satu kajian yang dibuat kepada pengguna jalan raya di negara Asia, hanya 25% sahaja pemandu yang memakai tali pinggang keledar semasa memandu.

Bukan hanya di Malaysia, malah peraduan ini juga dianjurkan di beberapa negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam. Budiey juga teringin untuk menyertai peraduan mencipta reka bentuk seatbelt pad ni memandangkan ia menguji kreativiti dan daya artistik. Yang penting, ianya mengambil kira sejauh mana kita dapat menerapkan nilai dan imej negara dalam setiap rekaan seatbelt pad tu.

Pertandingan ini bermula dari 30 Jun sehingga 31 Ogos 2014. Pastinya anda nak tahu syarat-syarat untuk menyertai peraduan ni kan? Okay, Budiey ceritakan secara ringkas ya. Pertandingan ini terbuka kepada orang ramai di mana tiada had umur dikenakan. Manakala untuk kategori profesional pula adalah terhad kepada penulis blog, penuntut dalam bidang reka bentuk, tenaga pengajar dalam bidang tersebut serta pereka yang profesional.

Okay, hadiahnya sangat lumayan. Sebagai ganjaran, pemenang untuk kategori orang ramai, sebanyak dua orang pemenang utama akan menerima iPad Air 32 GB dan 10 seatbelt pads yang direka oleh mereka. Manakala untuk kategori profesional pula, seorang pemenang utama akan dipilih untuk menerima Canon EOS 60D Kit II dan 10 seatbelt pads yang direka oleh mereka.

Bagaimana Nak Join Peraduan Ini?

Okay begini caranya, tak susah dan tak juga senang. Segalanya bergantung kepada kreativiti dan bakat kebolehan anda.

Toyota

1. Melakar Rekaan Seatbelt

Anda perlu mereka-cipta pad tali pinggang keledar samada melukis dengan menggunakan tangan atau software grafik komputer. Apa yang wajib dan menjadi kemestian ialah THUMS perlu ada sebahagian daripada rekaan anda tu yang boleh didapati dari laman sesawang: http://www.besafetyleaders.com. Satu perkara lagi, THUMS tak boleh ditukar warnanya, bermakna wajib menggunakan warna asal. Anda perlu menghantar reka cipta design dengan menggunakan saiz yang ditetapkan seperti di bawah:

Web

2. Mendaftar

Selepas mereka-cipta pad tali pinggang keledar tu cantik-cantik, anda perlu sign in dengan menggunakan akaun Facebook untuk mendaftar penyertaan anda.

toyota

3. Upload

Budiey pun turut sertai reka cipta pad tali pinggang keledar dengan design ni, rasa boleh tak?

Senang saja la hanya perlu memuatnaik rekaan pad Tali Pinggang Keledar dalam bentuk format JPG melalui PC sahaja.

4. Gallery

Semua penyertaan yang sah dan layak menyertai peraduan ini akan dapat dilihat dipaparkan di rungan galeri peraduan ini. Jadi, salah satu langkah untuk menang ialah anda perlu menggalakkan rakan dan semua kenalan anda untuk undi (vote) untuk anda.

toyota

5. Pemenang

Pihak penganjur (Toyota) akan memilih pemenang daripada senarai top 10 yang mendapat undian paling tinggi daripada setiap negara berdasarkan kreativiti dan juga originality idea asal rekaan peserta.

Untuk kategori terbuka sebanyak 2 orang pemenang akan dipilih manakala, untuk kategori professional pula seorang pemenang akan dipilih.

Jadi apa tunggu lagi, hantarlah penyertaan anda sekarang! Tak usah tangguh-tangguh lagi okay. Tarikh tutup peraduan ini sehingga 31 Ogos. Dah tak lama lagi dah.

Kalau Budiey dah pun hantar, pastinya anda semua yang ada masa terluang tu boleh mencuba nasib. Sedikit tips untuk memudahkan anda mereka-cipta pad tali pinggang ni, senang sahaja.

Pertama, anda perlu cari dan tentukan konsep serta tema rekaan anda itu. Jika tanya pada Budiey, saya memilih konsep elegan dengan gabungan imej klasik di mana Budiey memilih biru dan hitam sebagai warna latar. Ini kerana warna biru sangat simbolik dengan kedamaian dan jiwa yang elegan untuk pengguna pad tali pinggang ini.

Dari segi corak pula, Budiey memilih corak batik yang sedikit abstrak kerana bagi Budiey, corak batik adalah satu seni yang sangat bernilai, begitu unik dan estetika yang menggambarkan imej negara Malaysia. Tak syak lagi, kita mahu mengetengahkan batik sebagai satu kebanggaan kita sebagai warga Malaysia.

Jom Undi Penyertaan Rekaan Budiey!

Kat sini, Budiey nak ajak anda semua pembaca sekalian untuk mengundi & vote rekaan Budiey. Bukan apa, Budiey jarang nak minta tolong dengan anda semua. Ini je caranya korang nak tolong Budiey, kan? Lagi satu, Budiey nak sangat menang hadiah lumayan ni. Haaa, bukan mudah nak dapatkan? Kalau tak sebab korang yang tolong. Hik hik. Okay, caranya sangat mudah, anda hanya perlu klik SINI.

Alang-alang anda dah vote tu, apa kata anda sendiri hantar penyertaan anda pulak. Haa, tak rugi pun.

Budiey menaruh harapan untuk menang. Begitu juga anda kan? Kalau ada rezeki, manalah kita tahu dapat menang hadiah utama kan? Mesti best!

Untuk info lanjut, anda boleh melayari laman sesawang ini: www.besafetyleaders.com/seatbeltart

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Drama Eksklusif Sepanjang Aidilfitri di TV3

Personaliti TV Jayakan Kasih Sayang Tanpa Sempadan