in

Gossip Artis Buat-Buat Sakit Di Lokasi

SOSEH SOSEH: Artis ‘berlakon’ sakit di lokasi

MACAM-macam kerenah artis baru yang SS dengar daripada orang dalam produksi tempatan, sejak kebelakangan ini. Tapi cerita terbaru yang hangat diperkatakan orang dalam produksi ini seperti tidak masuk akal.

Jika nak diikutkan, sudah banyak cerita negatif yang SS dengar mengenai artis baru wanita yang seorang ini. Tak payahlah, SS sebut nama artis wanita itu kerana siapa yang termakan cili dialah yang terasa pedasnya. Tapi cerita terbaru yang sampi ke telinga rakan SS ini agak melucukan juga. Ada ke patut artis wanita baru yang seorang ini ‘berlakon’ sakit di lokasi penggambaran drama? Memanglah awak itu pelakon yang berbakat tapi takkanlah sanggup berpura-pura sakit untuk mendapat perhatian orang?

Malah, kata rakan SS, artis baru itu kini sudahpun mendapat jolokan di kalangan orang dalam produksi drama sebagai ‘artis ambulans’. Semuanya gara-gara artis wanita ini yang sudah banyak kali mengadu sakit ketika di lokasi penggambaran drama.

Cubalah anda bayangkan kata rakan SS, ketika datang di lokasi penggambaran, artis wanita itu nampak sihat dan segar bugar saja. Tapi, secara tiba-tiba saja dia mengadu sakit belakang pada pengarah dan terus menghubungi ambulans ke lokasi penggambaran ketika itu juga.

Kata rakan SS, sudah beberapa kali produksi drama menyaksikan ambulans sampai ke lokasi drama untuk membawa artis baru itu hospital. Tindakan artis baru itu juga menyebabkan penggambaran babaknya tergendala dan menimbulkan masalah pada produksi untuk menyiapkan drama itu seperti dijadualkan.

Apa yang peliknya, kata rakan SS, walaupun sakit pada sebelah siang, ramai yang nampak kelibat artis baru ini ketika menghadiri majlis pada sebelah malamnya pula. SS hanya mampu menggeleng kepala mendengar cerita itu. Tidak sangka ada artis baru yang sanggup menggunakan helah sedemikian rupa di lokasi penggambaran drama.

SS harap semoga artis baru itu cepat-cepat menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawabnya itu. Ingatlah, sakit itu bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Sekali dua mungkin orang termakan helahnya itu. Tapi kalau sudah banyak kali, penerbit pun takut untuk mengambil awak berlakon nanti. Jangan ingat sekadar bersandarkan paras rupa jelita, pengarah akan ambil awak berlakon? Paras rupa saja tidak cukup, soal bakat dan disiplin tetap dititikberatkan.

Kalau semua orang takut untuk mengambil awak berlakon, diri sendiri juga yang rugi dan kerjaya lakonan awak juga tidak akan ke mana-mana nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kerja Sambilan Tambah Pendapatan Lumayan Dengan SIY

Gossip Selebriti Tidak Betul