in

Maxis Ubahsuai Kadar Data Bayar Untuk Internet Mudah Alih

Tiada siapa sukakan kejutan, terutamanya apabila kejutan tersebut datang dalam bentuk caj data bayar bila guna (pay per use charges – PPU). Mempercayai bahawa semua pelanggan patut berasa bebas dan tidak terkongkong untuk melayari internet melalui telefon mudah alih mereka,

Maxis hari ini mengumumkan caj data PPU yang diubahsuai bagi pengguna pascabayar yang tidak melanggan pelan data internet mudah alih. Dengan penawaran baru ini, Maxis mempunyai kadar data PPU yang terendah dalam industri, dimana pengguna tidak perlu membayar lebih daripada RM50 sebulan. Selain itu, terdapat jaringan keselamatan (safety net) sebanyak 250kB untuk penggunaan data tidak sengaja.

[pullquote]Pengguna pascabayar tanpa pelan data hanya akan membayar maksimum RM50 sebulan untuk caj bayar bila guna sehingga 250MB. Selepas kuota 250MB dicapai, terus melayari internet asas tanpa caj. Memperkenalkan jaringan keselamatan 250kB untuk kegunaan tidak sengaja. Tiada lagi bil kejutan akibat caj data bayar bila guna, tiada lagi kejutan yang tidak menyenangkan.[/pullquote]

Caj PPU sebanyak RM50 sebulan ini membolehkan pelanggan melayari internet sehingga 250MB. Setelah melebihi kuota ini, pelanggan masih akan dapat terus melayari internet pada kelajuan asas 64Kbps, tanpa caj tambahan.

Kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis:

“Berdasarkan penemuan kami, lebih daripada 1 dalam 2 pengguna pascabayar tidak melanggan mana-mana pelan data. Ini bermakna mereka terdedah kepada bayaran PPU yang amat tinggi, kira-kira 10 sen bagi setiap 10kb. Untuk meletakkan perkara ini dalam perspektif, secara puratanya, satu lagu adalah kira-kira 5MB dan akan memakan kos kira-kira RM50 untuk penstriman (streaming) apabila menggunakan caj PPU oleh operator lain. Dengan kadar PPU baru kami, kosnya hanyalah RM10 bagi setiap penggunaan 50MB, yang merupakan 98% lebih rendah!”

“Kadar yang diubahsuai ini adalah bukti komitmen kami untuk membolehkan semua pelanggan benar-benar berasa bebas apabila menggunakan telefon mereka, terutamanya apabila melayari internet – tiada lagi kejutan bil internet, tiada lagi kejutan yang tidak menyenangkan. Ia adalah sebahagian daripada cita-cita kami ke arah menyediakan Pengalaman Pelanggan Tiada Tandingan (Unmatched Customer Experience). Kini, internet mudah alih semakin menjadi sebahagian besar dalam hidup kita, oleh itu, kami ingin para pelanggan kami membebaskan diri dari sebarang kekangan.”

Pengubahsuaian ini diperkenalkan sejurus selepas pelancaran pelan pascabayar MaxisONE™ plan, yang setakat ini merupakan satu-satunya pelan internet yang menawarkan panggilan dan SMS tanpa had, satu pengalaman internet ‘Sentiasa Terhubung’, dan perantauan tanpa berasa bimbang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai caj PPU terbaru ini, sila layari www.maxis.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Siar 115 Program Terbaik Sempena Aidilfitri

Kyary Pamyu Pamyu Announced As MTV’S Asia Exclusive Artist