“Untuk kali ketiga, saya beri tarikh lain. Tiba-tiba mereka memaklumkan menerusi SMS, sudah masukkan suara orang lain. Jadi, salah saya ke? Saya memang sibuk, bukan sengaja buat-buat sibuk. Takkanlah saya nak tunjuk ‘organiser’ saya kepada semua orang,” – Abby Abadi.
Nampaknya, Abby Abadi bangkit mempertahankan diri dengan memberikan alasan serta menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.
Enggan diri sewenang-wenangnya dicop ‘buat hal’ dan tidak hadir ke proses memasukkan suara (dubbing) untuk filem ‘Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Suami’, semalam pelakon Abby Abadi membidas dakwaan produser dan pelakon filem itu, Haliza Misbun.
Atas faktor itu, Abby menganggap Haliza tidak patut membanding-bandingkan dirinya dengan pelakon lain.
“Janganlah sebab pandang saya sebelah mata, mereka boleh buat main-main pula dengan tarikh-tarikh yang saya sudah tetapkan itu. Tak perlulah nak banding-bandingkan saya dengan sesiapa sebab saya lebih suka dikenali sebagai pelakon yang mampu membawa berbagai jenis watak dan tidak statik,” ujar ibu tunggal kepada tiga orang anak ini dalam nada sinis. [sumber]
Setelah perkara ini berlaku Abby tidak kisah seandainya produser itu tidak mahu menjelaskan bayaran terakhir kepadanya.
“Saya tak kisah kalau dia nak berikan ‘last payment’ saya kepada orang lain..,” luah Abby yang turut kesal dengan isu yang ditimbulkan itu. Abby juga mengaku tidak berdendam dengan Haliza mahupun serik untuk bekerjasama dengan wanita berusia 36 tahun itu lagi.
Apa sahaja yang sebenarnya berlaku, biarlah semua dapat diselesaikan dengan hati yang terbuka dan bersikap maaf dan memaafi. Dunia hiburan di Malaysia ni kecik je. Buat apa gaduh-gaduh.., kan?