Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi tampil dengan program realiti TV yang pastinya tampil dengan konsep berbeza daripada sebelumnya yang lebih kepada pencarian bakat pengacaraan, nyanyian, lakonan, tarian dan apa jua berkaitan bidang seni.
Kelainan yang cuba ditonjolkan kali ini dengan membawakan program realiti TV bertajuk “Shop in Love”, rancangan santai ringan dengan konsep berbelanja secara bijak dan selamat menggunakan kad debit-I Bank Rakyat.
Menampilkan pengacara Azlee Khairi, program disiarkan disiarkan mulai 23 Jun lalu, setiap Selasa, pukul 9.00 malam di TV2 ini berkongsi pengalaman membeli belah atau berbelanja sambil menderma dengan cara iaitu, menggunakan sistem kewangan terkini Debit Card.
Realiti TV “Shop In Love”, Ajak Penonton Bijak Berbelanja di TV2
Di sebalik kemeriahan berbelanja untuk diri sendiri, program ini mengajak orang ramai merenung sejenak kepada insan yang kurang berkemampuan dan yang lebih memerlukan. Peserta yang terpilih akan sama-sama bersedekah kepada yang golongan kuranf bernasib baik dan menariknya penerima bantuan ini pula tidak akan diberitahu sehingga ia menjadi kejutan mereka di akhir rancangan.
[pullquote] Program tujuh (7) episod diterbitkan DreamArts Pictures Sdn. Bhd dengan kerjasama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Manakala lokasi penggambaran program realiti tersebut dijalankan di pasar raya besar Giant di USJ, Subang Jaya dan Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.[/pullquote]
Rancangan dibahagikan kepada tiga (3) segmen utama pada setiap episod iaitu segmen Betul Ke?, Pandang, Ingat, Susun dan Belanja Bijak.
Dalam program ini ada dua kumpulan yang yang terdiri daripada seorang artis dan seorang peminat bersaing dalam pertandingan berkonsepkan berbelanja secara bijak. Setiap kumpulan akan membelanjakan kad debit-i Bank Rakyat bernilai RM100 berserta jumlah wang tambahan yang dimenangi pada setiap segmen.
Peserta diberikan tempoh 60 saat untuk berbelanja dan wang hasil kemenangan itu akan disalurkan kepada individu atau keluarga yang memerlukan bantuan. Antara selebriti terkenal yang terlibat pada episod yang seterusnya iaitu Wak Doyok, Bon Zainal, Muaz Muhammad dan Imam Muda Aran.
Episod pengenalan Shop in Love pada 23 Jun lalu berkongsi kelincahan para peserta dan celoteh menghiburkan oleh hos program oleh Azlee Khairi dan selebriti yang undangan terlibat iaitu Nabil Ahmad dan kumpulan SayWho.