in

Kepoh, Sumbu & Mmmmm Mara Ke Konsert Akhir Bintang Mencari Bintang 2

Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2) hampir berada di penamat. Tinggal satu minggu lagi untuk melangkah ke konsert akhir. Malam Ahad lalu, telah menyaksikan kumpulan KEPOH (Adlin Aman Ramlie), SUMBU (Ebby Yus) dan MMMMM (Afdlin Shauki) mara ke pusingan akhir yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 22 Jun 2014 nanti. Sementara itu, kumpulan TOKAN (Faizal Ismail) dan LAMPU (Saiful Apek) terpaksa meninggalkan pentas BMB2 apabila gagal meraih markah tertinggi.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad pukul 9.00 malam, BMB2 membariskan 6 Sifu yang bukan calang-calang orangnya dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Faizal Ismail, Ebby Yus, Saiful Apek dan Adlin Aman Ramlie untuk mengetengahkan bakat baru dalam bidang sketsa komedi dan nyanyian.

Finalis Akhir BMB2

Menurut Penerbit Eksekutif Bintang Mencari Bintang 2, Muhamad Sufian Isa, “Segala teka-teki sudah terjawab sejurus pengumuman keputusan penuh pusingan separuh akhir ketiga. Bagi pihak TV3 dan sidang produksi BMB, kami ucapkan syabas kepada tiga-tiga anak didik BMB2 yang telah memberi komitmen yang tinggi dan bertungkus-lumus mempersembahkan yang terbaik di pusingan separuh akhir ini. Selepas ini, cabaran lebih besar menunggu pasangan Sifu dan anak didik yang bakal bertanding di peringkat akhir. Kami, berharap agar mereka tidak mensia-siakan seminggu ini dan sentiasa berkarya secara kreatif untuk mewarnai persembahan mereka. Selain itu, bagi penonton TV3 yang ingin hadir ke Stadium Malawati, Shah Alam pada 22 Jun 2014 untuk sama-sama merasai kemeriahan suasana konsert akhir BMB2, anda boleh dapatkan pas percuma di balai pengawal Sri Pentas, Bandar Utama mulai 17 Jun 2014 dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.”

Saingan separuh akhir ketiga semalam menyaksikan KEPOH, SUMBU, TOKAN, MMMMM dan LAMPU tampil dengan sketsa komedi tema bebas selama 3 minit dan nyanyian selama 2 minit. Anak didik kepada Adlin Aman Ramlie iaitu ‘KEPOH’ membuka tirai dengan persembahan mereka bertemakan ‘Sifu’ diikuti SUMBU (Ebby Yus) dengan persembahan mereka ‘Pakar Perunding Emosi’, TOKAN (Faizal Ismail) dengan persembahan mereka ‘Lalat dan Nyamuk’, MMMMM (Afdlin Shauki) dengan persembahan mereka ‘Tak Puasa’ dan LAMPU (Saiful Apek) dengan persembahan mereka ‘Baby’. Selepas kesemua anak didik selesai membuat persembahan, penonton dihidangkan dengan persembahan juri jemputan iaitu Awie Rafael yang akan menyanyikan lagu ‘Takdir Cinta’.

Seramai 23 anak didik yang terdiri daripada 1 peserta solo dan 11 peserta kumpulan dipilih untuk menggamatkan saingan BMB2 kali ini. Setiap Sifu akan mempunyai dua anak didik yang bertanding iaitu satu dari Kumpulan A dan satu lagi dari Kumpulan B. Bagi saingan peringkat pertama, anak didik akan berentap mengikut kumpulan selama empat minggu dan anak didik yang mendapat markah terendah akan disingkirkan. Kemudian bagi peringkat kedua, anak didik dari Kumpulan A dan B yang belum tersingkir akan bertemu untuk bersaing di peringkat separuh akhir. Sebelum tiba minggu terakhir, hanya lima kumpulan, layak berentap di peringkat akhir BMB2 untuk merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200,000 berserta trofi.

Sepanjang 16 episod, BMB2 menampilkan Adibah Noor dan Achey sebagai pengacara program. Selain itu, BMB2 turut menampilkan nama besar di dalam industri tanah air, ikon yang cukup berpengalaman dan sememangnya ‘otai’ di dalam bidang hiburan iaitu Fauziah Ahmad Daud (Ogy) untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu. Manakala, dua lagi juri tetap bagi musim ini iaitu A.R Badul akan menjadi juri untuk konsert Kumpulan A dan Ahmad Idham juri untuk konsert Kumpulan B. Minggu ini, Awie Rafael tampil sebagai juri jemputan.

Untuk musim kedua ini, format permarkahan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar seni persembahan, wartawan, golongan semi-profesional dalam industri sketsa komedi dan nyanyian. Juara BMB2 akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000 berserta trofi.

Buat penonton dan peminat setia BMB2 bolehlah menghantar undian melalui dua cara iaitu melalui SMS dengan menaip BMB Nama Kumpulan dan hantar ke 33399 atau undian secara pukal, BMB5 Nama Kumpulan dan hantar ke 33399 atau melalui undian di akaun WeChat_BMB2014.

Di samping itu, penonton turut boleh menilai persembahan anak didik BMB semasa persembahan konsert berlangsung menerusi ‘Skala Bintang’ yang boleh didapati di www.tv3.com.my/bintang. Kemudian gerakkan skala bintang untuk mengundi persembahan anak didik. Keputusan penilaian ‘Skala Bintang’ akan muncul di kaca televisyen semasa konsert BMB2 bersiaran secara langsung.

Sementara itu, penonton berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat kesemua anak didik BMB2 menerusi KOMIK BMB yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Ahad jam 5.30 petang. Program yang dihoskan oleh bekas anak didik BMB musim pertama iaitu kumpulan Titan ini juga akan membawa penonton melihat gelagat anak didik serta perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas latihan dan juga perkara-perkara yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas BMB2.

Ikuti konsert mingguan BMB2 yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Isa yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada setiap hari Ahad bermula jam 9.00 – 10.30 malam. Acara kemuncak BMB2 dijangkakan berlangsung pada 22 Jun 2014.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang BMB2, penonton boleh melayari sesawang rasmi BMB2 di www.tv3.com.my/bintang dan laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#BMB2014) untuk menghangatkan lagi bahang BMB2! Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

BMB2 menampilkan D’HERBS sebagai penaja utama, WeChat sebagai penaja media sosial rasmi, Hot FM sebagai radio rasmi dan Hotel De Art sebagai penginapan rasmi peserta.

KEPOH (Adlin Aman Ramlie)

SUMBU (Ebby Yus)

TOKAN (Faizal Ismail)

MMMMM (Afdlin Shauki)

LAMPU (Saiful Apek)

Juri Jemputan, Awie Rafael

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Countdown Empat Hari Lagi Mega Bazaar 2014

Maya Karin Dilantik Jadi Duta GreenTech Malaysia