‘Ayah dan Ibu, itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari’. Demikian antara bait-bait lagu popular Ayah Dan Ibu dendangan Allahyarham Sudirman Arshad yang tersirat mesej, mengajar setiap anak menghormati dan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.
Bagi menghargai jasa dan pengorbanan setiap insan bergelar bapa khususnya sempena meraikan sambutan Hari Bapa yang disambut pada setiap hari Ahad minggu ketiga bulan Jun iaitu 15 Jun 2014, TV3 dan TV9 menyediakan pelbagai program dan telemovie menarik khas buat tontonan peminat setia kami bermula 13 Jun hingga 29 Jun 2014. Hayati maksud pengorbanan seorang ayah menerusi telemovie dan program seperti ‘Embun Di Hati’, ‘Dadnapped’, ‘Do Dooni Char’, ‘Beruk Tok Ayah’, ‘Adik’, ‘Nona: Istimewa Hari Bapa’, ‘Baby And Me’, ‘The Kick’, ‘Champ’, ‘Bidadari’ dan ‘Galau’.
Jangan lupa untuk membuat temu janji anda bersama TV3 & TV9 menerusi program-program menarik ini!
(TV3) CEREKAPILIHAN: ‘EMBUN DI HATI’ – Jumaat, 13 Jun 2014, pukul 1.30 tengah hari
Rizal merupakan seorang remaja cacat sejak dia dilahirkan. Dia hanya dibesarkan oleh ibu dan datuknya sahaja. Manakala ayahnya, Jasni telah meninggalkan mereka kerana tidak dapat menerima kenyataan Rizal seorang yang cacat. Namun apabila Rizal berusia 13 tahun Jasni kembali untuk menjenguk Rizal. Jasni yang kini sudah hidup mewah, berjanji akan menjaga kebajikan Rizal…
Pelakon: Zamarul Hisham, Noorkhiriah, Arill Fesol, Rahim Jailani, Zaryn Min, Jay Iswazir.
(TV3) BANANANA MOVIE MAGIC: “Dadnapped” – Sabtu, 14 Jun 2014, pukul 11.30 pagi
Melissa Morris ialah anak kepada seorang penulis novel misteri yang amat laris, Neal Morris. Neal lebih cenderung untuk merancang misi yang menarik bagi Tripp Zoome, watak imaginasi yang direka dalam novelnya daripada menghabiskan masa bersama Melissa. Apabila Neal diculik oleh peminat fanatiknya, Melissa bertindak untuk menyelamatkan ayahnya. Adakah Melissa juga bijak dan hebat seperti watak novel yang dihasilkan oleh Neal?
Pelakon: Emily Osment, David Henrie, Jason Earles.
(TV3) PANGGUNG SABTU: “Do Dooni Char” – Sabtu, 14 Jun 2014, pukul 2.00 petang
Filem komedi Bollywood ini mengisahkan tentang seorang bapa bernama Santosh Duggal yang berkhidmat sebagai seorang guru demi menyara kehidupan keluarganya. Santosh sanggup mengambil kerja sambilan sebagai guru tusyen untuk memenuhi permintaan isteri dan anak-anaknya. Pada suatu hari, Santosh sanggup meminjam kereta jirannya untuk membawa keluarganya pergi ke sebuah majlis perkahwinan. Namun, satu insiden telah berlaku dan menyebabkan Santosh harus mencari duit lebih bagi membayar ganti rugi kerosakkan kereta yang dipinjamnya itu. Santosh sanggup berkorban dengan melakukan apa sahaja demi mencurahkan kasih sayang dan membahagiakan keluarganya. Namun, adakah pengorbanan Santosh itu dihargai oleh isteri dan anak-anaknya?
Pelakon: Rishi Kapor, Neetu Singh, Aditi Vasudev.
(TV3) CEREKARAMA: “Beruk Tok Ayah” – Sabtu, 14 Jun 2014, pukul 10.00 malam
Beruk Tok Ayah mengisahkan tentang Tok Wan, seorang pemain dikir barat asli yang menetap di sebuah kampung di daerah Kelantan bersama beruk betinanya, Comel. Beruknya Comel banyak membantu Tok Wan dalam membantunya mencari pendapatan untuk menampung keluarganya dan anak-anaknya yang masih kecil. Kini, walaupun anak-anaknya sudah besar, Tok Wan masih menjaga Comel. Salah seorang anak Tok Wan iaitu Hisham berdendam dengan ayahnya kerana Tok Wan sering melebihkan beruknya daripada keluarganya sendiri. Apakah yang akan terjadi selepas itu?
Pelakon: Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham, Syafie Naswip, Intan Ladyana, Azhan Rani.
(TV3) NONA: ISTIMEWA HARI BAPA – Ahad, 15 Jun 2014, pukul 2.00 petang
Program majalah wanita yang memaparkan isu-isu semasa, keluarga dan gaya hidup wanita hari ini, Nona akan meraikan Hari Bapa dengan gayanya tersendiri. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan hos Nona iaitu Fara Fauzana dan penampilan khas Azrinaz Mazhar Hakim menyambut hari istimewa ini yang bertemakan Kasih Bapa. Nantikan selebriti dan tetamu undangan yang bakal muncul dalam segmen Realiti Air Tangan, Sembang – Sembang dan banyak lagi.
Hos: Fara Fauzana & Azrinaz Mazhar Hakim.
(TV3) WAYANG: “Adik” – Ahad, 15 Jun 2014, pukul 3.00 petang
ADIK yang kurang siuman sangat disayangi oleh abangnya, Rosli. Rosli merasa bertanggungjawab ke atas segala masalah dan keperluan adiknya yang tidak berfikiran waras. Rosli tidak pernah berenggang dengan adiknya termasuk ketika bertemu dengan kekasihnya, Ayu. Pertengkaran tercetus di antara Rosli dan Ayu yang berpunca daripada Adik. Rosli menghadapi delima di mana dia terpaksa memilih antara Adik atau kekasihnya.
Pelakon: Mr. Os, Mustapha Kamal, Nor Albaniah, Yusoff Wahab, Acapan.
(TV9) SARANGHAE: “Baby And Me” – Ahad, 15 Jun 2014, pukul 10.00 malam
Joon-Soo adalah seorang pelajar lelaki yang tampan dan nakal, kaya tetapi sedikit nakal. Kerana sikapnya yang seringkali melanggar disiplin dan bergaduh, ibu dan bapanya tekad untuk keluar rumah tanpa meninggalkan Joon-Soo wang yang banyak agar dia boleh hidup berdikari. Pada mulanya Joon-Soo gembira kerana dia akhirnya bebas dan boleh melakukan apa sahaja yang disukainya. Sedang dia sibuk membeli barang di pasaraya untuk mengadakan parti dirumahnya seorang bayi lelaki telah ditinggalkan di dalam troli tanpa pengetahuannya. Dia cuba untuk menyerahkan bayi itu kepada pihak polis tetapi tidak berjaya apabila polis menjumpai nota yang mengatakan bahawa Joon-So adalah bapa kepada bayi tersebut. Bermulalah kehidupan mencabar dan melucukan yang dilalui Joon-soo bersama bayi comel yang diberi nama Woo-Rahm.
Pelakon: Jang Geun-Suk, Song Ha-Yoon dan Mason Mun.
(TV9) SKRIN DI 9: “Bidadari Walid” – Isnin, 16 Jun 2014, pukul 8.30 malam
Bidadari Walid merupakan sebuah cereka yang membuktikan tentang keagungan kasih seorang ayah kepada seorang anak. Keagungan kasih sayang ini terbukti apabila si ayah sanggup menanggung pelbagai halangan untuk membesarkan anak yang diamanahkan kepadanya. Namun, selepas pelbagai rintangan ditempuhi hubungan yang akrab ini musnah dek kerana si ayah merahsiakan status diri anak itu. Bermula dari ini Aleesya Qaisara membenci Daniel hingga tergamak menyuruh ayahnya pergi jauh dari kehidupannya. Aleesya akhirnya menyedari kesilapannya selepas membaca sepucuk surat yang ditinggalkan oleh arwah ibunya. Aleesya bergegas ke rumah Daniel untuk memohon keampunan. Sayangnya, saat itu ayahnya sudah pergi buat selama-lamanya.
Pelakon: Norman Hakim, Ainul Aishah, Puteri Balqis, Watie Elite, Kazim Nor, Balkisyh Semundur Khan, Ustaz Dini, Zulkifli Ismail, Albaniah.]
(TV9) SARANGHAE: “ The Kick” – Ahad, 22 Jun 2014, pukul 10.00 malam
Pemenang Taekwondo, Master Moon dikurniakan keluarga yang mempunyai pelbagai bakat berlainan dan kelebihan untuk berlawan. Suatu hari, keluarga mereka terserempak dengan kumpulan Suk-Doo yang telah melarikan diri setelah mencuri keris lagenda Thailand. Mereka berjaya menumpaskan kumpulan itu lalu digelar hero negara. Konflik terjadi apabila anak bongsu mereka, Tae-Poong telah diculik oleh ahli kumpulan Suk-Doo yang ingin membalas dendam.
Pelakon: Jo Jae-Hyeon, Ye Ji-Won, Petchtai Wongkamlao.
(TV9) 9X SHORTIES: “Galau” – Isnin, 23 Jun, 2014, pukul 10.30 malam
Galau mengisahkan tentang seorang lelaki yang tidak dapat melupakan isteri dan anaknya yang telah tiada dan salah satu faktornya adalah kerana sikap negatifnya yang lalu. Setiap hari, dia akan berhalusinasi serta cuba untuk mewujudkan isteri dan anaknya supaya sentiasa berada di sekelilingnya. Kenangan-kenangan yang sama, sering dimainkan di hadapan mata dari mula dia bangun dari tidur sehinggalah malam hari sebelum dia masuk tidur. Apakah yang akan terjadi selepas itu?
Pelakon: Mustaqim Mohamed, Fazleena Hishamudin, Bakhtiar Kartubi.
(TV9) SARANGHAE: “Champ” – Ahad, 29 Jun 2014, pukul 10.00 malam
Champ mengisahkan tentang Seung-Ho yang kehilangan isterinya dalam satu kemalangan ngeri. Kemalangan itu juga telah membuatkan mata Seung-Ho buta. Kecacatan itu membuatkan Seung-Ho tidak lagi dapat menunggang kuda yang menjadi kerjayanya. Keadaan menjadi lebih teruk apabila dia kehilangan wang simpanan apabila cuba menipu dalam pelumbaan kuda dan dihantar ke Pulau Jeju bersama anak perempuannya. Di sana, Seung-Ho menjumpai seekor kuda liar yang cacat bernama Woo-Bak. Seung-Ho cuba untuk melatih Woo-Bak untuk menyertai pertanding lumba kuda dimana mereka mempunyai persamaan yang sama, cacat tapi mempunyai semangat yang kuat.
Pelakon: Cha Tae Hyun, Kim Soo-Jung dan Yu Oh-Seong.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesemua telemovie dan program hebat ini di TV3 & TV9 dan juga layari Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia & TV9Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.