in

Nur Fathia Dedah Rahsia Rambut Sihat

Ramai yang bertanya, apakah rahsia dan tips rambut sihat bersinar pelakon Nur Fathia. Pada petang tadi, Budiey telah menghadiri satu sesi bersama media dan Nur Fathia di mana beliau telah mendedahkan rahsia rambut yang cantik menawan.

Kalau korang sedar, selama sebulan lebih dah Nur Fathia duk berkongsi bersama pengikutnya di Twitter & Instagram tentang pratonton ringkas misinya untuk memberikan rambutnya Peluang Untuk Bersinar dengan hashtag #ChanceToShine.

Selama seminggu menggunakan rangkaian syampu Pantene Pro V dengan Teknologi Penghalang Kerosakan Keratin. Sepanjang misi setiap minggu, Nur Fathia berkongsi perkembangannya bersama peminat selain mempamerkan beberapa gambar dan manfaat serta faedahnya keberkesanan menggunakan syampu Pantene Pro V.

Menurut Nur Fathia, misi #ChanceToShine adalah untuk memulihkan rambutnya yang selalu rosak dan tak bermaya. Ini untuk memdapatkan rambut yang cantik dan bersinar dan ternyata pada hari ini, Fathia berjaya mengembalikan semula kecantikan asli rambutnya.

Masalah rambut kusam dan tidak bermaya adalah sesuatu yang menakutkan oleh sesiapa sahaja dan sekarang ini ia dapat dipulihkan dengan hanya bersyampoo.

Dalam perkembangan lain, Nur Fathia kini sedang sibuk berlakon dalam sebuah drama dan menjalani pengambaran di Instanbul. Walaupun sibuk, ternyata Fathia tidak memandang remeh untuk menjaga kecantikan rambut. Fathia balik sekejap sahaja dan akan terbang semula ke Istanbul pada malam ini. Wow… nampaknya, Fathia dan Aiman Hakim Ridza sama-sama laris ye. Eh?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain Cari Peminat Setia Makan Angin di Jordan?

Anuar Zain Ajak Peminat Melancong Ke Jordan