Astro Radio telah mencatatkan jumlah pendengar tertinggi dalam tempoh masa 9 tahun (Hasil 16 kajian berturut-turut) dengan peningkatan sebanyak 55%. Gelombang Astro Radio sekali lagi turut mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju kedudukan sebagai stesen radio No.1 Malaysia dengan memperoleh 12.645 juta pendengar setiap minggu, berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 1, 2014 baru-baru ini.
Hasil kajian mengesahkan bahawa stesen radio No.1, No.2 dan No.3 di negara ini adalah kekal milik Astro Radio. Secara tidak langsung, Astro Radio juga telahpun menguasai industri penyiaran radio apabila berjaya mengekalkan kedudukan ERA fm di kedudukan No.1 dengan jumlah yang menakjubkan iaitu seramai 5.2 juta pendengar, THR (Raaga & Gegar) pula jatuh di tanggadi stesen radio No.2 secara keseluruhannya dengan mencatatkan 3.5 juta pendengar. Setersunya, SINAR fm menduduki carta stesent radio No.3 negara dengan jumlah 3.4 pendengar.
ASTRO RADIO REKOD JUMLAH PENDENGAR TERTINGGI DALAM TEMPOH 9 TAHUN SEBANYAK 55%!
THR Gegar, terus menggondoli kedudukan stesen No.1 kegemaran di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, yang merangkumi negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan catatan1.6 juta pendengar. Manakala, THR Raaga pula masih tidak berganjak dari kedudukan lama dengan mengekalkan kekuatan gelombangnya sebagai sebagai stesen No.1 Tamil dengan 1.8 juta pendengar.
Oleh itu, secara keseluruhannya ERA fm, hitzfm, MY FM dan THR Raaga telah pun mengekalkan frekuensi mereka dengan memegang takhta sebagai radio No.1 mengikut bahasa seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan bahasa Tamil.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Dr Jake Abdullah:
“Dunia radio telah berkembang dengan ketara sepanjang dekad yang lalu, malah radio tidak lagi hanya mengambil kira jenis muzik yang dimainkan melalui pelbagai frekuensi. Astro Radio juga perlu lebih mendalam dalam melaraskan isi kandungan, strategi pemasaran yang agresif serta sentiasa mengkaji penonton untuk menyampaikan keperluan penonton yang sentiasa berubah hari ini. Kami telah berubah daripada hanya menjadi sebuah stesen radio kepada pembekal kandungan dan penyampai maklumat yang penuh terperinci di mana dan poda bila – bila masa sahaja pendengar kami mahukannya. Pendengar – pemdemgar Astro Radio sangat penting, oleh itu kami akan pergi lebih agresif bagi memastikan kepuasan yang diberikan kepada pedengar mengikut era perkembangan masa”.
“Sebagai mewakili pihak Astro Radio, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak penaja, syarikat-syarikat pengiklanan dan rakan –rakan kongsi di atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap Astro Radio untuk sokongan berterusan mereka. Kami akan terus berusaha untuk mengekalkan keduduakn kami sebagai peneraju industri penyiaran radio. Sebahagian daripada strategi Go Beyond, kami semestinya menyediakan pengalaman menarik kepada pendengar dengan penghasilan kandungan hiburan yang terkemuka dalam industri tanpa mengira platform. Pada hari ini, pendengar boleh mengakses Astro Radio selama 24 jam setiap hari melalui aplikasi telefon bimbit android mahupun laman web di mana dan pada bila-bila masa sahaja. “
*Sumber : Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 1 , 2014
RADIO BAHASA MALAYSIA
ERA fm: Raja Radio di Malaysia!
ERA fm telah meningkat jangkauan penonton kepada 5.2 juta pendengar secara keseluruhan. Rancangan Sarapan Pagi JoHaRa dikendalikan oleh Johan, Haniff & Ray telah meningkat sekali lagi dengan jumlah terkini 3 juta pendengar setiap minggu, manakala, program Petang ERA oleh Adi & Zahid telah menarik 2.7 juta pendengar. ERA fm mempunyai purata pendengar sebanyak 272,000 bagi setiap 15 minit. Jumlah Pendengar Eksklusif ERA fm pula meningkat secara mendadak dari 1.1 juta ke 1.7 juta pedengar dan masa yang diluangkan oleh pendengar meningkat kepada 8 jam 47minit sehari.
THR Gegar: Stesen Radio No.1 di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia!
THT Gegar kali ini sekali lagi berjaya menakluki Pantai Timur dengan mengekalkan kedudukan sebagai stesen No.1 dengan jumlah 1.6 juta pendengar. Gelombang radio ini telah mencatatkan jumlah purata 121,000 pendengar dan Penonton Eksklusif seramai 623,000 pendengar.
SINAR fm: Stesen Radio Berbahasa Malaysia Ke 2 Paling Ramai Pendengar di Malaysia!Stesen radio telah mencecah jumlah seramai 3.4 juta pendengar. Rancangan Pagi SINAR fm, iaitu SINAR Pagi mencatatkan 1.7 juta pendengar. Manakala, Penonton Eksklusif SINAR fm adalah 846,000 pedengar dengan jumlah masa yang diluangkan oleh pedengar dan selama 9 jam 52minit seminggu.
STESEN RADIO CINA
MY FM: Stesen Berbahasa Cina No 1 Malaysia!
Stesen ini meningkat kepada 2.2 juta pendengar. Rancangan Sarapan Pagi MY FM, mencatatkan 1.3 juta manakala slot petang radio ini mencecah jumlah 1.2 juta. Rancangan Pagi yang di kendalikan oleh Jack, Mei Yan & Jeff turut kekal kedudukan sebagai Rancangan Pagi Radio Berbahasa Cina No.1 di negara ini untuk kajian ke-10 kali berturut –turut.MY FM, mempunyai peningkatan dari sudut Penonton Eksklusif seramai 1.2 juta dengan purata tarikan pendengar dengan jumlah 117,000 pendengar setiap 15 minit. Bagi jumlah masa yang diluangkan pedengar pula, MY FM mencatatkan 9 jam dan 4minit seminggu.
MELODY FM: Merekodkan Peningkatan Pendengar Setia Cina & Pedengar Tempoh Paling Lama. Melody FM mempunyai 313,000 pendengar, sementara Penonton Eksklusif meningkat daripada 83,000 kepada 110,000. Purata stesen ini adalah 20,000 dan jumlah tempoh penengar paling lama iaitu 9 jam 12 minit seminggu.
RADIO BAHASA INGGERIS
hitz fm: Kekal Stesen Radio No.1 Bahasa Inggeris . Frekuensi radio ini semakin berkembang dengan catatan jumlah 1.2 juta pendengar. Selain itu, hitzfm turut mengekalkan kedudukan sebagai Rancangan Sarapan No.1 Bahasa Inggeris dan Rancang Petang masing-masing dengan jumlah 427,00 dan 602,000 pendengar. Hitz fm juga menrekodkan 142,000 jumlah Pendengar Eksklusif dengan masa yang diluangkan pendengar selama 5 jam dan 12 minit.
MIX fm: Mencatatkan Kenaikan Mendadak di Kalangan Pendengar Di Kawasan Bandar. Catatan jumlah pendengar sebanyak 371,000 pendengar. Rancangan Sarapan Pagi dikendalikan oleh Sarimah dan The Rod telah mengalami peningkatan daripada 122,000 kepada 140,000 dan Rancangan Petang juga mencatatkan peningkatan daripada 157,000 kepada 192,000. Penonton Eksklusif MIX fm adalah 27,000 dan jumlah masa yang diluangkan pendengar adalah 6 jam 1 minit.
Lite FM: Mencatatkan 51% Peningkatan Pendengar Rancangan Pagi Bersama Steve dan Shazmin Selepas Sebulan Digandingkan. Lite FM juga telah mencapai jumlah paling lama masa yang diluangkan oleh pendengar berbanding semua stesen berbahasa Inggeris iaitu selama 13 jam 10 minit seminggu dan mempunyai Pendengar Eksklusif seramai 58,000 pendengar.
RADIO BAHASA TAMIL
THR Raaga : Stesen Tamil Paling Popular di Malaysia terus mengekalkan takhta sebagai stesen Tamil paling popular di negara ini dengan jumlah 1.8 juta pendengar. Jumlah Pendengar Eksklusif s adalah 927,000 dan purata peningkatan pendengar meningkat kepada 192,000.