in

Photo of The Day: Tema Anugerah Skrin 2009 Arabian Night

Bersempena dengan tema Anugerah Skrin 2009 yang bakal berlangsung 4 Disember 2009 ini, selebriti ternama telah menyarung pakaian ala Arab. Hasilnya memang malatop!

Pada jam 3 petang tadi, telah berlangsung dengan meriahnya, Sidang Media dan Pelancaran Anugerah Skrin 2009 di Ballroom Lagoon 1, Level 15, Sunway resort Hotel & SPA, Petaling Jaya.

Dengan kerjasama pereka fesyen tersohor, selebriti seperti Fouziah Gous, Intan Ladyana, Nora Danish, Liyana Jasmay, Irma Hasmie, Eira Syaziera, Raja Farah dan Wan Sharmila begitu bergaya dengan rekaan ala Arab. Memang kena dengan gaya dan tema serta konsep.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Pengarah Lalok Sakit Mental

Siapa Juara Gadis Melayu Musim Kedua