TV9 akan meneruskan sebuah lagi rancangan berbentuk realiti khusus untuk kanak-kanak iaitu IDOLA KECIL Musim Kedua.
Setelah hampir dua bulan menjelajah ke serata tempat, akhirnya seramai 10 peserta terpilih untuk menyertai rancangan ini. IDOLA KECIL musim kedua yang dibawakan oleh Dutch Lady ini bertujuan untuk mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang nyanyian, lakonan serta berkebolehan bermain alat muzik.
Pada masa yang sama mengetengahkan nilai pendidikan kepada kanak-kanak terutamanya dalam menekankan motivasi diri, kemahiran asas sebagai individu dan paling utama adalah semangat setiakawan.
Siapa nak jadi macam Syada? Join Idola Kecil…