in

Gosip Personaliti TV Curi Baju

SOSEH SOSEH: Personaliti TV curi baju

HENDAK kata tidak berduit, kerjayanya sebagai personaliti TV, SS rasa menjanjikan pendapatan lumayan. Tambahan pula, latar belakang keluarganya bukan calang-calang. Kalau SS sebut namanya, orang pasti tahu ‘status’ bapanya.     

Makin beruntung, apabila bersuamikan orang kaya. Bak kata orang, mendengar ceritanya bagaikan membaca sebuah kisah dongeng kerana dia memang wanita cukup bertuah kerana hidup dilimpahi kemewahan.

Justeru, memang sukar untuk SS percaya apabila seorang teman menyampaikan cerita ini kononnya personaliti ini pernah mencuri baju jenama terkenal. Difahamkan, kejadian berlaku dalam satu jualan fesyen berjenama yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini dan majlis itu khusus untuk rakan media dan artis.

Kata teman SS lagi, kalau jenama mahal berharga ribuan ringgit dijual pada harga yang murah, sudah tentulah ramai yang berebut-rebut mahu membelinya. Namun, berbeza dengan personaliti ini. Sudahlah asyik mencuba pelbagai baju, kemudian pandai-pandai pula menukar tanda harga baju mahal kepada murah.

Tidak cukup dengan itu, ketika pekerja butik serta pelanggan sedang sibuk, dia ambil kesempatan merembat pula satu baju sebelum beredar dari butik berkenaan. Nak dijadikan cerita, pekerja di butik itu sedar satu baju di butik mereka sudah hilang dan dia mengadu hal ini kepada kawan-kawannya, manalah tahu kalau ada terjumpa. Sebelum itu, pekerja butik ini memang sudah mengesyaki personaliti tadi sebabnya dia orang terakhir yang mencuba baju itu.

Gerak hatinya memang tepat, apabila dalam satu majlis, temannya memaklumkan personaliti itu memakai baju sama seperti yang hilang dari butik berkenaan. Tak tahulah SS nak tiru perangai artis Hollywood seperti Winona Ryder yang suka mencuri pakaian berjenama agaknya. Atau mungkin juga ada kalangan selebriti dari kalangan keluarga berada ini memang suka buat kerja itu sebagai hobi mereka agaknya. Sebab banyak juga cerita selebriti Barat yang SS dengar perangai begini. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Momo Love Lakonan Cyndi Wang, Ken Chu

Konsep Anugerah Skrin 2009 Lebih Meriah?