Ini gambar candid pelakon Fasha Sandha bersama dengan pengurusnya, Nik Yasmin yang sedang mengikat riben merah jambu di lengan pelakon kontroversi ini. Manjanya Fasha. Yea, Fasha suka manja dan dimanjai. Suara pun manja. Gambar diambil ketika Fasha Sandha baru sahaja sampai di Centro Bistro, Sooka KL Sentral.
Hadir dengan nominasi antara 10 Selebriti Yang Anggun, Fasha Sandha memang bergaya habis pada malam itu. Tapi yang penting Fasha Sandha menjadi dirinya… dirinya yang bukan orang lain. Fasha Sandha nampak lebih matang dengan solekan dan gaun ini.
Ramai peminat yang tak sabar menantikan gosip terkini dengan siapa Fasha Sandha bercinta?